awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Siapa mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan pergilah" - Idris Ahmad

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
01/09/2022
09:51 MYT
PRU15: "Siapa mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan pergilah" - Idris Ahmad
Pas tidak akan bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15, sebaliknya, konsisten dengan usaha mengukuhkan hubungan kerjasama politik sedia ada bersandarkan kepada prinsip, kata Datuk Idris Ahmad.
TAIPING: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menegaskan, partinya tidak akan bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, kata beliau, Pas konsisten dengan usaha mengukuhkan hubungan kerjasama politik sedia ada bersandarkan kepada prinsip perpaduan ummah.
“Pas tidak akan bekerjasama dengan PH ataupun rakan-rakan kongsi daripada PH, Itu pendirian kita yang jelas.
“Kalau sesiapa nak pergi bekerjasama (dengan PH) pergilah, Pas itu sikap kita (tidak bekerjasama dengan PH). Pas tetap dengan pendirian kita ialah kepada perpaduan ummah dalam kalangan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan tunai RM600 seorang kepada 11 mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, pada Khamis.
Pada 29 Ogos, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dilaporkan membayangkan hasrat untuk bekerjasama dengan pembangkang pada PRU15 atas dasar kepentingan negara.
Namun, kenyataan Muhyiddin telah disanggah oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa kerjasama yang mahu dilakukan antara PN dengan PH semata -mata demi kepentingan peribadi dan kuasa.
Kelmarin, media melaporkan Setiausaha Agung Pas., Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, partinya memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PH atau mana-mana parti komponennya dalam menghadapi PRU15, termasuk cadangan konsep ‘khemah besar’.
Dalam perkembangan sama, Idris berkata, pimpinan Pas ketika ini sedang memuktamadkan pembahagian kerusi sebagai usaha menghadapi PRU15.
“Perkara itu sedang berjalan dan sedang diuruskan pimpinan parti. Ia akan diumumkan (dimuktamadkan) tidak lama lagi,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#PAS
#Pakatan Harapan
#PRU15
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan