KOTA KINABALU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenal pasti empat calon wanita yang akan berentap pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sambil menyifatkan calon-calon itu terdiri daripada individu yang berpelajaran dan berpengetahuan dalam politik serta kemasyarakat, Ketua Srikandinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, mereka akan mengisi kerusi di kawasan utara, pantai timur dan pedalaman Sabah.
"Calon-calon ini sudah kita kenal pasti dan akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan. Kita mahu apabila calon-calon itu dinamakan perlu ada perundingan supaya kita dapat pastikan mereka ini bekerja di kawasan masing-masing.
"Calon yang kita kenal pasti itu juga perlu berpelajaran sekurang-kurangnya peringkat diploma selain mempunyai pendedahan bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga kemasyarakatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Srikandi Bersatu Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding semula merebut kerusi Parlimen Beaufort, Azizah menyerahkan kepada pucuk pimpinan.
Bagaimanapun, beliau optimis jika ada calon Srikandi lain yang dicalonkan menggantikannya pada PRU15.
"(Parlimen) Beaufort ini penyandangnya seorang Srikandi (wanita)... pengganti mesti daripada Srikandi.
"Kita dalam politik ini ada masa kita kena berjuang dan ada masanya kita beri laluan kepada orang lain. Apapun kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan," katanya.
Alexion Mairin
Sat May 14 2022


Putrajaya perlu terus tumpu isu pembangunan di Sarawak - Tun Taib Mahmud
Kerajaan Persekutuan perlu beri perhatian khusus kepada pembangunan di Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara, titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Klopp bakal nilai tahap kecergasan Salah, Van Dijk
Salah dan Van Dijk dipaksa keluar akibat kecederaan, di Wembley Sabtu lalu.

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

PRU15: Srikandi Sabah cadang empat calon wanita, ada pelajaran dan bijak politik
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenal pasti empat calon wanita yang akan berentap pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRN Sabah: Calon wanita, Srikandi Bersatu serah kepada pucuk pimpinan
Srikandi Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon dari kalangan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.