awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
24/10/2022
09:12 MYT
PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu
Menurut Syed Sobri, langkahnya untuk meninggalkan parti turut diikuti lebih 1,000 ahli parti Bersatu Bahagian Padang Terap termasuk beberapa ketua cawangan. - Foto Astro AWANI
KUALA NERANG: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan serta keluar dari parti itu serta-merta.
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hati beliau tanpa mana-mana paksaan atau disebabkan habuan yang ditawarkan pihak tertentu.
Namun disebabkan rasa hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pimpinan Bersatu yang didakwa memberikan layanan kelas kedua kepadanya, mendorong keputusan berkenaan dibuat.
Tambah beliau, langkahnya untuk meninggalkan parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut diikuti lebih 1,000 ahli parti Bersatu Bahagian Padang Terap termasuk beberapa ketua cawangan.
Kesemua mereka jelasnya, akan menyertai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Masyarakat Padang Terap yang mana akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
"Beberapa ketika hala tuju Bersatu sendiri tidak jelas, kronisme dalam bersatu berleluasa, Perikatan Nasional yang dibentuk pula semakin menenggelamkan peranan Bersatu itu sendiri, urus tadbir Bersatu sama ada di peringkat Negeri dan Pusat terlalu lemah dan tidak bersistem.
"Idealisme pucuk pimpinan Bersatu di peringkat Pusat mahupun negeri Kedah pula tidak berfokus, Bersatu tiada tujuan lain sekadar (selain) memecahkan undi bangsa sendiri, mengamalkan politik dendam, 'kebencian' hingga agenda untuk bangsa, agama dan negara tidak terzahir dengan nyata," dakwanya.
Syed Sobri berkata demikian ketika sidang media khas yang diadakan di Terap Inn, Kuala Nerang pada Isnin.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Tambahnya, perjuangan Bersatu di Padang Terap dan negeri Kedah juga dilihat kabur memandangkan peruntukan tidak diberikan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menjalankan gerak kerja.
Beliau turut menafikan bahawa tindakan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Bersatu, dibuat susulan namanya tidak tersenarai sebagai calon di dalam PRU15.
Syed Sobri turut menolak dakwaan yang mengatakan tindakannya turut mempunyai kaitan dengan desas desus calon daripada Pas akan dipilih mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen terbabit.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#syed sobri syed hashim
#keluar Bersatu
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan