awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Terbalikkan meja dan ancam pukul pengerusi mesyuarat, ahli parti ditahan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/11/2022
06:42 MYT
PRU15: Terbalikkan meja dan ancam pukul pengerusi mesyuarat, ahli parti ditahan
Zainol berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Rabu, seorang lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas mencetuskan kekecohan dan melakukan ugutan jenayah ketika mesyuarat parti. - Fail/BERNAMA
MELAKA TENGAH: Polis Melaka membuka satu kertas siasatan terhadap seorang ahli parti yang dikesan melakukan kekecohan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung ketika ini. 
 Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Rabu, seorang lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas mencetuskan kekecohan dan melakukan ugutan jenayah ketika mesyuarat parti. 
 “Satu kertas siasatan dibuka berkaitan khianat dan ugutan jenayah dimana satu lelaki Melayu telah melakukan kekecohan menterbalikkan meja, kerusi serta mengoyakkan kain banner. 

“Lelaki itu turut mengancam akan memukul pengerusi mesyuarat di kawasan pentadbiran daerah Melaka Tengah ketika mesyuarat parti sedang dijalankan di dalam bilik mesyuarat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
 Dalam pada itu Zainol berkata, secara keseluruhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka telah membuka dua kertas siasatan sepanjang tempoh lima hari berkempen berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti lawan pada hari ketiga berkempen. 
 Namun, tiada tangkapan dibuat berkaitan perbuatan mencabut dan mencampakkan bendera parti di atas jalan itu yang juga berlaku dalam daerah Melaka Tengah.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Polis Melaka
#ahli parti mengamuk
#kempen PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan