awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan atau lawan, Pas putus Sabtu ini - Idris

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2022
09:53 MYT
Rakan atau lawan, Pas putus Sabtu ini - Idris
Ditanya mengenai kecenderungan hala tuju Pas, Idris berkata parti itu mahukan UMNO dan PN.- Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketetapan pemilihan rakan atau lawan politik Pas akan ditentukan Sabtu ini.
Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, pucuk pimpinan parti akan bermesyuarat sebelum kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Mesyuarat sama juga akan membincangkan ketetapan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pra pelancaran Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 Tahun 1444H/ 2022M.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Pas segera membuat pilihan jika mahu bersama parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15 | Pas perlu putuskan hubungan dengan PN secepat mungkin
Sementara itu ditanya mengenai kecenderungan hala tuju Pas, Idris berkata parti itu mahukan UMNO dan PN.
"Kita mahu kedua-duanya," katanya.
Mengulas mengenai kedudukannya pada PRU15, Idris berkata ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.
"Saya bertanding pun ok, tak bertanding pun tiada masalah. Apapun, tunggu hari kejadian," katanya.
Pas kini dilihat berada dalam keadaan tersepit selepas kedua-dua parti UMNO dan Bersatu menggesa parti itu memuktamadkan hala tuju politik.
Sehingga hari ini, Pas belum memutuskannya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#PAS
#UMNO
#Idris Ahmad
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan