awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat pilih calon, bukan parti - Zuraida

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2022
06:44 MYT
Rakyat pilih calon, bukan parti - Zuraida
Zuraida bersetuju dengan pandangan penganalisis politik bahawa tiada parti dominan akan memperoleh majoriti pada PRU15 kelak. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Berdasarkan senario semasa, kemungkinan besar rakyat tidak lagi akan mengundi berdasarkan parti, seperti yang diamalkan dahulu.
Sebaliknya, rakyat mungkin akan memilih calon yang mereka rasakan mampu memberi khidmat.
Sehubungan itu Presiden Penaja PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin bersetuju dengan pandangan beberapa penganalisis politik bahawa tiada parti yang dominan akan memperolehi majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
"Pada ketika ini, politik Malaysia sedang mematang, maka rakyat sedang mematang dan faham tentang politik. Kemungkinan besar mereka tidak akan mengundi atas dasar parti, tapi akan mengundi atas dasar khidmat... wakil rakyat yang telah berkhidmat dalam kawasan mereka.
"Maka atas dasar inilah kami Parti Bangsa Malaysia berasa yakin kerana wakil rakyat yang bersama saya adalah wakil rakyat yang berkaliber yang memang rekod khidmatnya sangat bagus.
Beliau ditemui selepas merasmikan pejabat PBM Perak di Ipoh, pada Sabtu.
Menurutnya, walaupun sebuah parti baharu, PBM telah bersedia untuk menghadapi PRU15
Jelas Zuraida, PBM mempunyai lebih tiga Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga penggal.
Katanya, ia memudahkan mereka untuk menghadapi PRU15 kerana mereka telah mempunyai jentera yang sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#parti politik
#pengundi
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan