Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP namun kekal bersama PKR dalam pakatan pembangkang, hanya menimbulkan keraguan rakyat tentang hala tuju sebenar parti itu, demikian menurut seorang ahli akademik.
Merujuk usul Dewan Ulama yang diluluskan semasa Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lepas, pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling berpendapat keputusan PAS turut menimbulkan persoalan tentang status dan kekuatan pengaruh parti, yang memperjuangkan Islam dalam pakatan.
"Dengan mengambil keputusan sebegitu, adakah PAS yang digambarkan membawa imej Islam mampu diyakini untuk dihormati dan didengari pendiriannya atau adakah PAS hanya bersifat menuruti keputusan rakan dalam gabungan pakatan?
"Pendirian sebegini jelas menunjukkan hala tuju PAS adalah meragukan," katanya kepada Bernama.
Pada muktamar berkenaan, usul yang dibawa itu diputuskan untuk diterima tanpa bahas ekoran beberapa kenyataan beberapa pemimpin DAP yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menerima keputusan PAS itu kemudian menggesa agar semua wakil PAS yang berkhidmat di bawah kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan, di samping mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak memerlukan orang tengah bagi menyelesaikan perselisihan antara dua parti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Usul pada muktamar PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berpendapat PAS tidak akan berpatah balik mengenai usul putus kerjasama dengan DAP, dan cubaan PKR untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan DAP dan PAS adalah usaha sia-sia.
Mengulas lanjut, Mohamad Faisol berkata keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP secara tidak langsung membuktikan bahawa PAS sudah 'tidak tahan' dengan kerenah DAP yang tidak menghormati parti itu meskipun PAS selama ini cuba menafikannya.
Katanya realiti itu sepatutnya perlu disedari lebih awal malah dengan konsep tahaluf siyasi yang diamalkan antara PAS dan DAP, ia jelas bertentangan kerana masyarakat sedia maklum tindak-tanduk DAP yang menentang agenda PAS.
"Dalam matlamat tahaluf siyasi PAS itu, adakah umat Islam perlu mengikut perintah orang bukan Islam atau orang bukan Islam yang perlu mengikut perintah orang Islam? Adakah PAS masih tidak menyedari kelemahan tahaluf siyasi ini apabila majoriti pemimpin PAS dalam Dewan Ulama mengakui 'hasil sebenar' kerjasama PAS selama ini," katanya.
Mohamad Faisol dalam masa sama turut berkata adalah lebih baik sekiranya kerjasama antara UMNO dan PAS direalisasikan kerana selain berteraskan matlamat penyatuan umat Islam, ia juga mampu membawa kebaikan dalam aspek pembangunan umat termasuk seluruh masyarakat.
Bernama
Wed Jun 10 2015
Keputusan PAS dalam muktamar lalu menimbulkan persoalan tentang status dan kekuatan pengaruh parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.