awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampas 4 negeri PN dengan syarat tiada ‘cah keting’ - Mat Sabu

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2023
06:10 MYT
Rampas 4 negeri PN dengan syarat tiada ‘cah keting’ - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Kerajaan Perpaduan mampu merampas kembali empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang sekiranya semua parti gabungan bersatu dan tidak mengamalkan budaya ‘cah keting’.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, budaya tidak sihat itu perlu ditolak semua parti dalam kerajaan yang ada hari ini untuk memastikan usaha mengekalkan pentadbiran akan terlaksana.
“Dengan kerjasama erat kita (semua) dalam parti perpaduan (saya yakin kita) dapat rampas kembali empat negeri (yang ditadbir) PN (tetapi dengan) syaratnya perpaduan dikekalkan.
“Kita saling membantu, bukan cah keting. Ini harapan kita (kerana dari situ) perpaduan akan lahir,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut mengulangi keyakinan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengekalkan pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
“Kita perlu sama-sama galas dan pertahankan (Kerajaan Perpaduan) bukan sahaja untuk Parlimen ke-15 ini tetapi perlu kekalkan keutuhan serta kesinambungan kerajaan untuk melangsungkan pentadbirannya dalam sesi ke-16 nanti, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, konvensyen berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Terdahulu Mohamad tiba kira-kira jam 9.15 pagi bagi menyampaikan Pidato Presiden.
Konvensyen yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat menjadi tumpuan susulan akan diadakan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023-2026.
Mohamad dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang akan merebut jawatan dalam pemilihan kali ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#cah keting
#sabotaj parti
#Konvensyen Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan