KUALA LUMPUR: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahmad Johnie Zawawi menjadi calon pertama yang diumumkan dalam keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenangi kerusi Parlimen P207 Igan.

Ahmad Johnie memperolehi undi sebanyak 15,824 atau bersamaan 93.16 peratus.

Pesaingnya iaitu Hud Andri Zulkarnaen yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH), mendapat 1,162 undi atau 6.84 peratus.

Dalam keputusan yang diumumkan pada hari ini, daripada 28,290 pengundi berdaftar, jumlah undi yang diterima bagi Parlimen adalah 16,986 menjadikan peratusannya sebanyak 60.04 peratus.

Majoriti undi bagi Parlimen itu pula adalah 14,662.


Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen P.213 Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib sekali lagi diberikan mandat untuk mentadbir kawasan itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau memperolehi 21,733 undi bersamaan 78.23 peratus menewaskan wakil PH, Abdul Jalil Bujang yang mendapat 6,047 atau 21.77 peratus.

Majoriti bagi kerusi ini adalah 15,686. Manakala, jumlah undi yang diterima SPR adalah 27,780 daripada 46,964 pengundi berdaftar.


DAPATKAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI PRU15 DI SINI