awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RASMI: Sah! BN tawan semula Melaka

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/11/2021
14:00 MYT
RASMI: Sah! BN tawan semula Melaka
Angka itu dijangka bertambah selepas proses penjumlahan rasmi undi dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan sekurang-kurangnya mendapat 15 kerusi DUN majoriti mudah.
Bagaimanapun, angka itu dijangka bertambah selepas proses penjumlahan rasmi undi dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media hari ini.
"Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 9.42 malan, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi dari 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan," katanya.
Dengan jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di DUN Tanjung Bidara, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menumpaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin mewakili PN.
Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat dari PN itu, yang memperoleh 3,195 undi, sementara PH, 489 undi.
Calon Ketua Menteri dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di DUN Lendu dengan majoriti 3,104 undi apabila menerima 4,486 undi.
Beliau menewaskan calon PN Abdullah Mahadi yang mendapat 1,382 undi, manakala calon PH Mohamad Asri Ibrahim meraih 1,155 undi.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Barisan Nasional
#PRN Melaka
#keputusan rasmi PRN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan