awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
27/05/2024
07:55 MYT
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, tindakan itu adalah berdasarkan keputusan Seri Anwar yang mahu meringankan beban dipikul mereka terlibat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan itu adalah berdasarkan keputusan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meringankan beban dipikul mereka terlibat, yang turut menggalas tanggungjawab sebagai menteri.
"Saya (sebelum ini) diberi tanggungjawab untuk memimpin di Kelantan dan Terengganu...
"... tetapi sekarang bila kita dah pegang tampuk kerajaan lepas PRU (pilihan raya umum) 2022... macam saya, YB Rafizi (Ramli), YB Chang Lih Kang termasuk YB (Datuk Seri) Aminuddin Harun yang jaga Melaka dan YB Amirudin (Shari) yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Pahang...
"... jadi benda tu (tanggungjawab) dah jadi agak berat... (sebab itu) Perdana Menteri cakap 'back to normal practise' yang mana negeri-negeri (yang dirombak) dipimpin oleh pimpinan tempatan.
"... (sebagai contoh) di Kelantan Datuk Seri Supardi Md Noor (Ketua Cabang Tanah Merah) dan dibantu oleh Timbalan Dr Shamsudin Ghani (ketua Cabang Pasir Puteh).
Manakala di Terengganu, PKR akan diketuai Ahmad Nazri Mohd Yusof (Ketua Cabang Kemaman) dan timbalannya,Datuk Dr Mohd Johari Mohamad (Anggota Cabang Besut)," katanya di sini, hari ini.
Tambahnya, rombakan ini bukanlah perkara yang luar biasa dan merupakan langkah wajar dilakukan untuk memberi peluang kepada parti itu untuk fokus dan memberi ruang kepada kepimpinan baru.
Jelasnya lagi, rombakan ini tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya dan dilakukan secara berperingkat dengan Anwar sendiri mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua cabang di setiap negeri.
"Sebelum ini dia hanya dapat buat untuk negeri Perlis, Kedah, Pualau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan (rombakan pertama). Dia tak sempat nak berjumpa lagi dengan negeri-negeri lain... jadi dia umumkan dulu first round (sebelum ini).
"Semalam adalah perjumpaan selepas pertemuan kali kedua dengan negeri-negeri lain... macam Wilayah pada Rabu yang lepas... saya hadir sebagai ketua cabang... jadi itu adalah proses yang normal," tambahnya.
Topic Berkaitan
#PKR
#Nik Nazmi
#MPN
#punca rombakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan