awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah Mansor, Shafee Abdullah berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/08/2022
07:42 MYT
Rosmah Mansor, Shafee Abdullah berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO
Datin Seri Rosmah Mansor dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merupakan antara yang akan berucap pada acara Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah merupakan antara yang akan berucap pada acara Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Sabtu.
Selain kedua-dua mereka, turut akan berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO itu ialah dua anak Najib, Nooryana Nawja dan Datuk Mohd Nizar.
Program Taklimat Khas Presiden UMNO bermula sekitar pukul 2 petang itu akan disampaikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika menyampaikan taklimat ringkas di hadapan ribuan ahli parti yang menghadiri majlis berkenaan di Dewan Merdeka, di sini.
Majlis taklimat khas itu itu dihadiri semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kecuali Naib Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Bera, Pahang.
Topic Berkaitan
#Taklimat Khas
#Presiden UMNO
#Rosmah Mansor
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan