KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk menyerahkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Usul kerajaan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ia dipersetujui secara sebulat suara selepas diputuskan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Antara syor-syor yang perlu dikemukakan jawatankuasa itu ialah:
i. Meneliti dan memberi pengkhususan ke atas tafsiran kepada larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dengan merujuk kepada fasal 2(c) dan fasal 3, sekatan-sekatan ke atas hak membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) fasal 1;
ii. Cadangan untuk memansuhkan perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu; dan
iii. Menyediakan suatu penyata yang mengandungi cadangan rang undang-undang berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti serta pindaan Perlembagaan berkaitan dalam tempoh satu bulan. Jawatankuasa Pilihan Khas boleh melanjutkan tempoh sekiranya perlu.
Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah:
1. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Pengerusi)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang)
2. Datuk Seri Azalina Othman Said
(Ahli Parlimen Pengerang)
3. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Ahli Parlimen Padang Rengas)
4. Datuk Seri Hamzah Zainudin
(Ahli Parlimen Larut)
5. Datuk Seri Takiyuddin Hassan
(Ahli Parlimen Kota Bharu)
6. Lukanisman Awang Sauni
(Ahli Parlimen Sibuti)
7. Gobind Singh Deo
(Ahli Parlimen Puchong)
8. Mohamed Hanipa Maidin
(Ahli Parlimen Sepang)
9. Datuk Seri Wilfred Madius Tangau
(Ahli Parlimen Tuaran)
10. Datuk Seri Saifuddin Nasution
(Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
11. Datuk Ignatius Darell Leiking
(Ahli Parlimen Penampang)
"Bagi tujuan urusan tersebut, Jawatankuasa Pilihan Khas boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli-Ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan, badan-badan bukan berkepentingan (NGO) dan masyarakat madani serta individu-individu lain untuk hadir dalam persidangan Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa ke semasa," katanya ketika mengemukakan usul tersebut.
Selain itu, katanya jawatankuasa itu turut berhak menentukan penjadualan persidangan mereka sendiri sama ada diadakan di Parlimen atau di mana-mana tempat mengikut kesesuaian.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Apr 11 2022
Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk menyerahkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 kepada suatu Jawatankuasa Pilihan Khas. - fotoJAPEN
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar
Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu libatkan negeri, ulama dan ahli akademik - PM
Tegas Anwar, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - Sultan Selangor
Baginda bertitah, terdapat ulasan yang berdasarkan polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Terengganu turut terima 'tempias' keputusan kes Nik Elin
Kerajaan negeri Terengganu dijangka turut menerima tempias susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Kerajaan tidak terlibat keputusan kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan - PM
Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ratusan berhimpun di Putrajaya, tunai solat hajat
Mereka berkumpul di luar bangunan mahkamah seawal jam 7.30 pagi dan menunaikan solat hajat kira-kira jam 9 pagi.