GAYA HIDUP
Otot melemah dalam senyap sampai kelesuan, pakar pemakanan saran MARIGOLD HL Advance SuperMilk

Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd, Poh Eng Lip (tiga dari kanan) menghadiri pelancaran MARIGOLD HL Advance SuperMilk di IOI City Mall, Putrajaya pada 24 Julai.
PUTRAJAYA: Keletihan menaiki tangga, lesu mengangkat barang berat atau berjalan perlahan bukan sekadar lumrah penuaan, ia mungkin petunjuk awal kehilangan keupayaan otot, satu isu kesihatan dikenali sebagai sarcopenia.
Ringkasan AI
- Sarcopenia ialah kehilangan jisim dan kekuatan otot yang boleh bermula seawal usia 30-an, dan sering tidak disedari sehingga menjejaskan kehidupan harian.
- Pencegahan awal melalui pengambilan protein mencukupi dan gaya hidup aktif amat penting, dengan Susu MARIGOLD HL Advance disarankan kerana kandungan protein, kalsium dan vitamin D yang tinggi.
- MARIGOLD HL SuperMilk melancarkan jelajah dan laman sesawang berasaskan AI untuk saringan awal sarcopenia secara percuma, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini.
"Untuk pengetahuan semua, jisim otot manusia secara semula jadi berkurang sebanyak dua hingga lima peratus setiap dekad selepas usia 30 tahun, demikian penting pencegahan awal.
"Kehilangan ini berlaku secara perlahan dan sering tidak disedari, sehingga ia mula menjejaskan kehidupan harian," jelas Dr Lydia ketika ditemui media selepas pelancaran MARIGOLD HL Advance SuperMilk, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Pakar Pemakanan Bertauliah di JomSayHeart, Syaza Lyana menjelaskan pengambilan protein secukupnya penting untuk menangani masalah sarcopenia.
"Pelbagai sumber protein kita boleh pertimbangkan, namun saya ingin sarankan Susu MARIGOLD HL sebagai pilihan harian kerana ia kaya dengan protein, kalsium dan vitamin D bagi mencegah kemerosotan otot.
"Malah bagi individu berisiko tinggi mengalami sarcopenia seperti warga emas, saya akan cadangkan Susu MARIGOLD HL Advance, ia mempunyai 56 peratus lebih protein serta tambahan kalsium dan vitamin D.
"Tidak perlu lagi pening kepala merancang pengambilan protein anda, cukup dua kali sehari minum Susu MARIGOLD HL untuk membentuk kekuatan otot pada masa mendatang.
"Tidak dilupakan juga amalkan gaya hidup aktif," jelas Syaza Lyana.
Sebagai usaha memerangi sarcopenia, MARIGOLD HL SuperMilk mengadakan jelajah seluruh negara dengan pelbagai aktiviti interaktif, stesen pengalaman dan kaunter bersama pakar pemakanan bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat.
Selain itu, MARIGOLD HL SuperMilk juga membangunkan laman sesawang berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk saringan awal secara percuma berdasarkan gaya hidup dan petunjuk kesihatan otot seseorang, layarinya di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami