awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti: Usah jadi 'pelacur' politik - Mahfuz

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/04/2022
07:21 MYT
RUU Antilompat Parti: Usah jadi 'pelacur' politik - Mahfuz
Mahfuz menggesa perbuatan melompat parti, merampas mandat rakyat serta menawarkan diri untuk dibeli ditolak sekeras-kerasnya demi kestabilan politik. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli politik tidak seharusnya menyerahkan diri untuk menjadi 'pelacur-pelacur' politik, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Malah, beliau mendakwa tindakan politik seperti 'Langkah Sheraton' yang diambil sebelum ini telah menyebabkan Parlimen menjadi 'sarang pelacuran' dalam politik negara.
Justeru, Mahfuz menggesa perbuatan melompat parti, merampas mandat rakyat serta menawarkan diri untuk dibeli ditolak sekeras-kerasnya demi kestabilan politik.
"Juga perlu dilihat di sini ialah bagaimana isu untuk mengatasi sebuah gabungan keluar daripada gabungan. Sedangkan dia (gabungan) bertanding atas nama gabungan dan menggunakan lambang gabungan itu (tetapi) satu ketika dia lompat dan membentuk gabungan baharu.
"Ini juga perlu dilihat (sebagai) sesuatu yang boleh menyebabkan khianat kepada mandat rakyat, kerajaan yang terbentuk daripada mandat rakyat.
"Saya harapkan agar satu kesedaran atau budaya politik baharu untuk mengelakkan menjadi 'pelacur' politik dalam negara kita," katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Topic Berkaitan
#Mahfuz Omar
#pelacur politik
#berita Malaysia
#RUU Antilompat Parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan