awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
Inisitaif MySTEP diteruskan pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Antilompat Parti wajar dibentang di DUN - Wee

Bernama
Bernama
31/07/2022
23:45 MYT
RUU Antilompat Parti wajar dibentang di DUN - Wee
WEE: Apa sahaja yang diluluskan di Parlimen mengikut prinsipnya adalah untuk diguna pakai bersama. - Gambar fail
ISKANDAR PUTERI: Rang Undang-Undang Antilompat Parti wajar dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) agar selari dengan Dewan Rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sudah sepakat mengenai isu itu dan tindakan sama wajar dibuat di peringkat negeri.
"Apa sahaja yang diluluskan di Parlimen mengikut prinsipnya adalah untuk diguna pakai bersama. Jadi adalah wajar setiap negeri melakukan perkara sama seperti yang kita telah buat dalam pindaan sebelumnya iaitu Undi18... jadi, terpulang kepada setiap negeri," katanya.
Wee berkata Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan peruntukan mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti itu akan dibentang di Dewan Negara sebelum mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dikuat kuasa.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan 125 Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Johor lantikan MCA di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada Ahad.
Pada Khamis lepas, rang undang-undang itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga Ahli Parlimen dengan 209 daripada 220 Ahli Dewan Rakyat menyokong.
Dalam perkembangan lain, Wee yang juga Menteri Pengangkutan berkata tiada keperluan memendekkan tempoh pemeriksaan berkala enam bulan Puspakom bagi kenderaan perdagangan termasuk kenderaan berat kerana ia sudah memadai.
Beliau berkata pihaknya perlu mempunyai justifikasi untuk mengubah atau melaksanakan perkara itu kerana keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini.
Wee mengulas mengenai kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan terutama lori yang kerap dilaporkan berlaku dan antara punca insiden adalah akibat masalah teknikal melibatkan sistem brek serta muatan berlebihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#RUU Antilompat Parti
#DUN
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan