awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: STAR konsisten menangi hati rakyat Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
13/08/2020
07:25 MYT
Sabah Memilih: STAR konsisten menangi hati rakyat Sabah
STAR konsisten memenangi hati rakyat di negeri ini dengan idealogi memperjuangkan hak sejagat menjelang PRN Sabah. - Foto Astro AWANI
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) konsisten memenangi hati rakyat di negeri ini dengan idealogi memperjuangkan hak sejagat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Penerangan STAR, Jeffrey Kumin berkata, situasi semasa di Sabah dan juga keputusan mahkamah mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak merencatkan persiapan parti untuk PRN.
"STAR Sabah sebenarnya kita sudah memang siap sedia sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.
" Selepas PRU-14 kita punya keahlian sudah banyak berkembang, kita punya keahlian pun sudah sekarang sedikit lagi mahu mencapai 300,000 keahlian dan lebih kurang sampai 50 bahagian seluruh Sabah. Justeru tidak keterlaluan saya katakana STAR Sabah bersedia menghadapi PRN sekiranya ia diadakan," katanya. Beliau berkata demikian di ibu pejabat STAR, berhampiran Bukit Padang, Kota Kinabalu, pada Khamis.
Terdahulu, STAR yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini sinonim dengan ikon politik Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan selaku Presiden dan merupakan sebuah parti berbilang bangsa.
Ditanya mengenai apakah daya tarikan parti itu menjelangnya PRN Sabah, Jeffrey berkata, salah satu sebabnya adalah kekuatan Presiden yang amat konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat negeri ini termasuklah berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Kekuatan parti STAR ini memanglah pusat dia itu daripada kami punya presiden sendiri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebab dia punya perjuangan itu amat konsisten dari 1985 sampai hari ini,” katanya lagi.
Jelas beliau, dengan unsur konsisten berkenaan, ia dilihat sebagai satu mekanisme parti untuk terus memperjuangkan isu setempat, meskipun kini berada sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN), berbanding menjadi pembangkang suatu ketika dahulu.
Untuk rekod, pada PRU-14, STAR telah bertanding 20 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, parti tersebut berjaya memenangi satu kerusi Parlimen (Keningau-Dr Jeffrey) dan dua kerusi DUN, (Tambunan-Dr Jeffrey) serta (Bingkor-Robert Tawik).
STAR mendapat tambahan satu kerusi DUN selepas bekas wakil rakyat BN, Datuk Ellron Angin (Sook) menyertai mereka pada tahun 2018.
Topic Berkaitan
#Jeffrey Kumin
#Ketua Penerangan STAR
#Parti Solidariti Tanah Airku
#pilihan raya negeri
#PRN Sabah
#Sabah
#STAR Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan