awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin Nasution nafi dakwaan abai tugas Setiausaha Agung PKR

Bernama
Bernama
24/10/2018
11:55 MYT
Saifuddin Nasution nafi dakwaan abai tugas Setiausaha Agung PKR
Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata beliau tidak berkecil hati tehadap dakwaan PKR Sarawak itu memandangkan mereka mungkin tidak mendapat maklumat berkenaan proses tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan PKR Sarawak bahawa beliau telah mengabaikan tugas sebagai Setiausaha Agung PKR susulan kegagalan parti meneliti bantahan terhadap senarai keanggotaan dalam Cabang Julau.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata semua bantahan terhadap senarai keanggotaan baharu diteliti oleh sebuah jawatankuasa diketuai Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
"Sehingga tarikh tutup memuktamadkan keanggotaan baharu dan setelah mengambil kira bantahan, itulah senarai nama yang dikeluarkan.
"Soal PKR Sarawak kata telah menulis kepada saya, betul, semua (surat) sampai ke ibu pejabat, tetapi proses itu bukan di bawah Setiausaha Agung," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata beliau tidak berkecil hati tehadap dakwaan PKR Sarawak itu memandangkan mereka mungkin tidak mendapat maklumat berkenaan proses tersebut.
PKR Sarawak dilaporkan kecewa dengan Saifuddin Nasution kerana didakwa gagal meneliti bantahan yang dikemukakan terhadap senarai keanggotaan parti bagi Cabang Julau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cabang Julau
#PKR
#PKR SARAWAK
#Saifuddin Nasution Ismail
#Setiausaha Agung PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan