awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang

Bernama
Bernama
17/05/2025
09:30 MYT
Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap ketika sidang media pada Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-235 hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyangkal dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berdepan risiko amalan politik wang bagi menarik sokongan khususnya pada pemilihan sesi 2025-2028.

Ringkasan AI
  • Penafian Risiko Politik Wang: Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyangkal dakwaan bahawa PKR berdepan risiko politik wang dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028, menyatakan tiada aduan diterima oleh Lembaga Disiplin parti.
  • Perbelanjaan Parti & Sensitiviti Rakyat: Beliau mengakui PKR kini mempunyai keupayaan kewangan yang lebih baik untuk mengadakan program, tetapi menegaskan perbelanjaan berlebihan yang kelihatan mewah perlu dielakkan kerana rakyat sensitif terhadap kemewahan.
  • Persaingan Timbalan Presiden: Pemilihan Timbalan Presiden melibatkan persaingan antara Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli, dengan Saifuddin menasihati perwakilan untuk memilih berdasarkan kayu pengukur yang jelas.

Saifuddin Nasution yang juga bekas Setiausaha Agung PKR berkata Lembaga Disiplin parti tidak menerima sebarang aduan mengenai tindakan politik wang setakat ini seperti yang didakwa.
"Politik wang dalam takrif beri duit untuk mendapatkan sokongan ini, saya tidak fikir PKR berada pada tahap itu.
"Tetapi, kalau menggunakan wang untuk mengadakan program, jamuan, sewa khemah, bayar bil hotel itu memang adalah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Penjara ke-235 di Padang Kota Lama, di sini hari ini yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata PKR kini mempunyai keupayaan logistik serta dana untuk mengadakan program atau majlis berbanding zaman awal penubuhan parti pada 1990-an dengan majlis termasuk kongres parti telah diadakan di warung, rumah dan sekolah Cina akibat kekurangan dana.
Namun, Menteri Dalam Negeri itu tidak bersetuju dengan perbelanjaan terlalu tinggi sehingga kelihatan mewah kerana rakyat sensitif terhadap kemewahan yang ditonjolkan, selain menggesa ahli parti membuat laporan kepada Lembaga Disiplin jika mempunyai bukti mengenai amalan politik wang seperti yang didakwa.
"Parti ini tidak (dan) bukan dibina melalui kekuatan dana, (tetapi) kita bina dengan menyuntik idealisme kepada rakyat untuk terima parti ini seadanya. Peraturan dalam lembaga parti sangat jelas. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh," katanya.
Semalam, media melaporkan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui PKR berdepan risiko amalan politik wang yang dianggap sebagai antara bentuk rasuah paling sukar dibuktikan.
Mengulas mengenai pertandingan antara Nurul Izzah Anwar dengan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi bagi jawatan Timbalan Presiden, Saifuddin Nasution berkata kedua-dua calon berkenaan mempunyai sumbangan besar kepada PKR, justeru menasihati 29,000 perwakilan untuk menggunakan kayu pengukur bagi memilih calon pilihan mereka.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Saifuddin Nasution
#Nurul Izzah Anwar
#Rafizi Ramli
#amalan politik wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami