awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saiz kabinet wajar 25 peratus daripada saiz Ahli Parlimen - Penganalisis politik

Israr Khalid
Israr Khalid
28/11/2022
21:00 MYT
Saiz kabinet wajar 25 peratus daripada saiz Ahli Parlimen - Penganalisis politik
CHIN HUAT: Kalau semua orang jadi menteri, dia tidak boleh kritik kerajaan lagi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk membentuk Kabinet sekecil 15 peratus daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimennya, sepertimana dibuat di United Kingdom dan India.
Namun sebagai permulaan kepada langkah reformasi, penganalisis politik Prof. Wong Chin Huat berpendapat 25 peratus atau 55 orang daripada 222 Ahli Parlimen dilantik menjadi Menteri adalah saiz yang wajar.
Ahli Parlimen selebihnya, kata beliau, boleh memainkan peranan sebagai penyemak imbang supaya kerajaan sentiasa dalam keadaan sedar untuk berfungsi dengan lebih cekap.
“Kalau kita terapkan 15 peratus itu maksudnya kita cuma boleh ada 33 orang dalam seluruh anggota pentadbiran, saya rasa Malaysia belum bersedia tapi kita mesti ada satu had yang jelas.
“Kalau semua orang jadi Menteri, dia tidak boleh kritik kerajaan lagi. Jadi itu penting,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Katanya, melihat pengalaman UK, mereka ada 650 orang Ahli parlimen tetapi bilangan Menteri yang dibayar gaji oleh kerajaan tidak boleh lebih daripada 93 orang.
Begitu juga di India di mana perlembagaannya menyatakan secara jelas bahawa bilangan Ahli Parlimennya yang dilantik menjadi Menteri tidak boleh lebih daripada 15 peratus.
Chin Huat yakin, 55 orang Menteri daripada keseluruhan anggota Parlimen termasuk Senator Dewan Negara itu sudah cukup, melihat kepada saiz sama ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) pertama pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, empat tahun lalu.
“Bila bilangan menteri jadi kurang, penyelarasan itu jadi lebih baik.”
Saiz Kabinet wajar 25 peratus daripada saiz Ahli Parlimen - Penganalisis politik
Topic Berkaitan
#Pantau Kerajaan Baharu
#kabinet
#Wong Chin Huat
#langkah reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan