Skip to main content

Politik

Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’

KUALA TERENGGANU, 10 Nov -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membentangkan belanjawan kerajaan Terengganu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu 2025 di Wisma Darul Iman, hari ini.  Kerajaan Terengganu membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM1.938 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus, termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM450 juta.  Sektor sosial kekal menerima peruntukan terbesar iaitu RM323.80 juta atau 72 peratus daripada keselur
Ahmad Samsuri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku. - Foto fail/BERNAMA

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan beliau terlibat dalam sebarang pertemuan di Bangkok yang didakwa sesetengah pihak sebagai 'Langkah Bangkok'.

Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak terlibat dalam apa jua pertemuan yang dikaitkan dengan perkara berkenaan seperti yang dilaporkan.

Advertisement

Menurutnya, sebarang pertemuan atau perbincangan yang dirujuk sebagai 'Langkah Bangkok' tidak melibatkan dirinya dan tiada kaitan dengan beliau.

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’ seperti yang dilaporkan.

“Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat malam.

Beliau pada masa sama berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku.

“Saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan nama saya dengan perkara yang tidak berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pada tahun lalu bagi membincangkan isu penyatuan parti Melayu dan Islam.

Menurut laporan media, beberapa sumber daripada parti politik memaklumkan, selain Hamzah, Ahmad Zahid juga dikatakan bertemu dengan Ahmad Samsuri, dan Timbalan Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung pada awal Disember tahun lalu sewaktu Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, melakukan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand.

Menurut laporan dan sumber terbabit, semua pemimpin yang hadir dilaporkan menyokong hasrat penyatuan parti Melayu dan Islam serta membincangkan usaha-usaha awal untuk merealisasikan idea tersebut.

Susulan pertemuan itu, pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang diadakan pada Januari lalu, Ahmad Zahid menyatakan hasrat parti untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam melalui gabungan berskala besar, dikenali sebagai ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’.

Beliau menegaskan bahawa langkah itu bukan bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan dan tiada keperluan bagi mana-mana parti yang terlibat untuk membubarkan diri; sebaliknya, penyertaan dilakukan secara tidak rasmi sebagai permulaan.

Berikutan itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan mendakwa bekas Timbalan Presidennya itu merancang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri melalui pembentukan gabungan bersama parti lain.

Muhyiddin turut mengesahkan berlaku pertemuan Hamzah dengan Ahmad Zahid sebelum ini, yang dikaitkan dengan apa yang digelar sebagai ‘Bangkok Move’.

Dalam konteks itu, Ahmad Samsuri menegaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam sebarang pertemuan di Bangkok seperti yang didakwa, sekali gus menafikan sebarang kaitan dengan langkah yang dimaksudkan. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video