KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak bertanggungjawab kerana meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada beliau dan ahli-ahli Kabinet di atas ketidakharmonian politik dalam kerajaan.
Sebaliknya, menurut Presiden Bersatu itu, mereka (UMNO) sepatutnya perlu bertanggungjawab mengenai perkara itu (pembubaran Parlimen dan ketidakharmonian politik dalam kabinet).
"Ia sangat tidak bertanggungjawab bagi Perdana Menteri meletakkan kesalahan kepada saya ataupun ahli-ahli kabinet untuk apa yang terjadi sekarang.
"Ini kerana mereka sedang berdepan dengan serangan yang serius dan kemarahan daripada orang awam dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
"Mengapa pilihan raya ini diadakan sekarang di tengah-tengah banjir," katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan Bersatu Sabah di Kota Kinabalu.
Selain itu, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa terdapat perjanjian antara beliau dan Ismail Sabri yang antaranya perlu ada perbincangan dengan pemimpin PN jika mahu membubarkan Parlimen.
"Kenapa kita minta begitu kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan. Adakah ia adil? Ia tidak adil.
"Jadi bila semua orang serang dia, dia kata ini Muhyiddin punya salah, ini menteri punya salah. Anda (UMNO) kena salahkan diri sendiri.
Tambah Muhyiddin, PN tidak mempertikaikan pembubaran Parlimen kerana telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Namun, tegas beliau, apa yang dilaungkan PN ialah perkara itu (pembubaran) perlu ditangguhkan ekoran risiko banjir.
Pada Selasa, Ismail Sabri mendedahkan keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Justeru, Perdana Menteri menegaskan, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengisytiharkan musuh utama PN adalah Barisan Nasional (BN) telah mengundang bibit-bibit perpecahan, sedangkan partinya turut menganggotai Kerajaan.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Oct 11 2022
Muhyiddin Yassin bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kiri) mengadakan pertemuan dengan Badan Pimpinan Bersatu Sabah. - Foto Bernama
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia! #JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Berita baik untuk usahawan kecil dan sederhana di Malaysia!
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Dapatkan penyelesaian dan transformasi digital, strategi pemasaran dan meningkatkan keupayaan mendapat pembiayaan dan suntikan dana untuk mengembang bisnes anda.
Khusus untuk anda di Jiwa SME 2024!
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran www.jiwasme.com.my
#JelajahJiwaSME #JiwaSME2024
Polis tahan Rajesh Kapoor curi barang kemas penumpang dalam 200 penerbangan
Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium
Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.