awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah esok

Bernama
Bernama
13/08/2023
15:50 MYT
Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah esok
Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Kedah dijadualkan akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.
Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, di sini pada 10 pagi.
"Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi," katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, di sini malam ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN berjaya mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.
Beliau juga sebelum ini adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#angkat sumpah
#Menteri Besar Kedah
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan