awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing

Azizah Alwi
Azizah Alwi
02/11/2020
11:39 MYT
Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing
Tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal tamat menjelang April 2021. Mandat pemilihan ini juga tertakluk kepada Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, ujar Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.
KUALA LUMPUR :Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mempertahankan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, sekali gus mengekalkan mandat memimpin negeri itu untuk lima tahun akan datang.
Keyakinan itu disuarakan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Ujarnya, perkara itu mampu direalisasikan dengan kerjasama utuh PRS dan GPS menjelang hari penting itu nanti.
“Ya, kami (GPS) sangat yakin dan begitu juga PRS. GPS akan menjadi pemerintah seterusnya untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau.
Bercerita lanjut, menyentuh mengenai perancangan untuk memiliki kerusi tambahan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, beliau berkata ia harus dilaksanakan berlandaskan syarat yang ditetapkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Saya berharap, saya boleh (berbuat demikian) tetapi akan ada peraturan yang harus kita ikuti dari Ketua Menteri,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menambah PRN ke-12 Sarawak tidak dapat dielakkan memandangkan tempoh matang bagi mandat kepimpinan negeri itu akan berakhir menjelang April 2021.
"Kita akan meneruskan pemilihan, dengan atau tanpa keadaan COVID-19. Tiada pilihan, ia harus diteruskan,” ujarnya.
Tegas beliau, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memainkan peranan penting dalam menentukan kaedah atau medium yang selamat, selain memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) menjelang tarikh keramat itu nanti
"Pihak SPR perlu memastikan PRN dijalankan dengan lancar dan = dilaksanakan secara selamat berdasarkan panduan dan SOP bersesuaian," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Pusat Kejuruteraan Antarabangsa (INTEC) di The Isthmus, Kuching pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#GPS boleh menang
#Gabungan Parti Sarawak
#James Jemut Masing
#PRS
#Parti Rakyat Sarawak
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan