POLITIK
'Saya bukan orang tengah Najib, Tun M' - Ku Li

KU LI: Saya tidak mahu campur sangat. Saya nak tengok keadaan ini tenang dan tidak akan menimbulkan kekeliruan dengan rakyat.
Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau menjadi orang tengah dalam krisis melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, sebarang penglibatan orang tengah hanya akan mengeruhkan keadaan selain mengelirukan rakyat.
"Saya tidak mahu campur sangat. Saya nak tengok keadaan ini tenang dan tidak akan menimbulkan kekeliruan dengan rakyat," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu kepada media semasa ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Gua Musang di ibu negara hari ini.
Dalam pada itu katanya, sebagai orang lama dan dihormati dalam politik, beliau mengakui ada berjumpa kedua-dua pemimpin itu untuk memberi pandangan mengenai isu-isu berkaitan.
"Saya sudah berjumpa dengan Najib dua kali. Beliau ada jemput saya untuk beri pandangan dan nasihat tetapi tidak perlu saya beritahu apa intipatinya kerana itu adalah perjumpaan tertutup. Saya berjumpa beliau sebelum Raya.
"Tun M pula saya jumpa baru-baru ini. Itu pun private tapi saya jumpa semua orang," jelasnya.
Dr Mahathir juga pernah menyatakan beliau bersedia untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami