awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya dan Azmin bersedia dipecat - Zuraida

Fareez Azman
Fareez Azman
08/12/2019
15:01 MYT
Saya dan Azmin bersedia dipecat - Zuraida
ZURAIDA: Saya nak Presiden dengar saya amat berharap beliau berubah mendapatkan kebiijaksanaan beliau balik. - Astro AWANI/Fareez Azman
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam ucapan penggulungan Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menjelaskan beliau dan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia dipecat jika tindakan mereka mengkritik parti pada malam ini dikira sebagai pengkhianat.
Sebaliknya jelas Zuraida, pentas malam itu adalah untuk membawa parti ke landasan yang betul.
"Kalau kami dipecat, saya dan Azmin dah bersedia. Kami rela dikorbankan demi parti keadilan ini, kerana kita nak bawa ke landasan betul kalau ini Presiden (Anwar Ibrahim) rasakan keadilan sangat gah dan hebat walaupun ada 50 Ahli Parlimen tetapi pengurusan carca marba siapa nak salahkan.
"Ucapan malam ini direkod, saya nak Presiden dengar saya amat berharap beliau berubah mendapatkan kebiijaksanaan beliau balik, (dengan) meletakkan parti di landasan betul.
"Kalau saya diberi peluang (Kongres Nasional Tahunan) untuk menggulung. Saya akan sebut apa yang disebut malam ini. Saya akan akhirkan ucapan kita, sebagai pemimpin, kita akan dipertanggungjawab di akhirat," katanya ketika berucap dihadapan ribuan ahli yang hadir.
Dalam ucapannya, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut menyelar tindakan beberapa pimpinan muda keadilan yang dilabelnya sebagai 'budak Pampers dan Gengster'.
"Pernahkah kita (PKR) guna gengster, baju hitam? Siapa jadi petugas-petugas itu?
"Sokong satu tahun tak datang mesyuarat, ada bising? Presiden tak datang mesyuarat, ada bising? Kenapa nak pertikaikan kami tidak datang mesyuarat?
"Saya berani cakap di sini, tanya kawan semua. Saya orang taat datang mesyuarat paling punctual. Sebelum Anwar Ibrahim jadi Presiden dahulu saya dah mesyuarat. Tidak payah hendak ajar saya mesyuarat. Saya nak dengar cakap engkau ke yang hingus ini?
"Ini semua 'budak Pampers', jangan nak berlagak nak tegur kita. Kami yang buat deklarasi jadi jangan nak ajar kami kalau tidak ada sebab nak melakukan perkara itu," tegas Zuraida dalam ucapannya.
Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini akan dijadikan platform untuk menerangkan kepada ahli parti seluruh negara berkenaan memperkuatkan parti.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Keadilan
#Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
#PKR
#Politik Malaysia
#sedia dipecat
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan