awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dilarang bercakap agama, tetapi saya ada hak untuk bertanya' - Tun M

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
23/01/2018
05:23 MYT
'Saya dilarang bercakap agama, tetapi saya ada hak untuk bertanya' - Tun M
Selepas dilabel 'tidak layak bercakap soal agama', Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak terbabit dengan bertanyakan beberapa persoalan mengenai agama di blog chedet.cc. hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Selepas dilabel 'tidak layak bercakap soal agama', Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak terbabit dengan bertanyakan beberapa persoalan mengenai agama di blog chedet.cc.
Beliau menyuarakan pandangan berikut selepas sesetengah pihak berpendapat beliau tidak berpelajaran agama dan tidak memahami bahasa Arab.
Antaranya:
* Mereka berkata bahawa saya tidak berpelajaran agama dan tidak faham bahasa Arab. Dan saya tidak ternampak sebagai seorang ulama iaitu saya tidak berserban dan berjubah dan tidak pula berkasut selipar.
* Saya dinasihat supaya dengar sahajalah ajaran dan syarahan yang disampaikan oleh orang yang layak, iaitu orang agama yang terlatih dan berpelajaran agama walaupun setakat pondok di kampung.
* Saya terima baik nasihat mereka. Saya tidak akan bercakap atau bersyarah.
* Tetapi saya tidak dilarang bertanya jika ada perkara-perkara yang saya perlu penjelasan dari orang alim dalam agama Islam. Sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam.
* Di antaranya ialah berkenaan haram halal. Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam.
“
Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?
”
- Tun Dr Mahathir Mohamad
* Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah.
* Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji.
* Teringat saya kepada sebuah amanat yang mendakwa Kerajaan Malaysia kafir kerana ia mengamal sistem kafir.
* Sehingga sekarang pihak yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam tidak menolak amanat ini. Benarkah Kerajaan Malaysia ini kafir dan perlu tentangan jihad, dan kematian semasa berjuang adalah syahid.
Topic Berkaitan
#blog
#chedet cc
#Haji
#Halal
#haram
#Islam
#jihad
#kafir
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#politik
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan