KOTA KINABALU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.
Ismail Sabri berkata beliau juga adalah Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan menyerang kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN.
"Sebenarnya malam ini saya tidak berucap, sepatutnya saya diberi slot esok (di Konvensyen BN Sabah) tetapi saya minta maaf tidak dapat hadir... saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab dah ada orang kata Perdana Menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah.
"Apa berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa pihak di luar sedang cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan UMNO, Karamunsing di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ismail Sabri berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hangat diperkatakan, pihak luar semakin rancak cuba memecahbelahkan perpaduan dalam BN.
Justeru, beliau mengingatkan semua ahli BN supaya sentiasa berusaha ke arah merapatkan perpaduan sesama sendiri serta meletakkan fokus yang jelas untuk menentang pembangkang dan bukan menyerang sesama sendiri.
"Jadi, apa sebab kita menyerang sesama sendiri kecuali kita nak berperang sesama sendiri dalam pemilihan parti. Sebab itulah pembunuhan karakter berlaku sebab kita nak 'bunuh' sesama sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama kita.
"Tetapi apabila kita sudah tentukan tidak akan berlaku pertandingan sesama kita tetapi akan berlaku PRU dulu, patut fokus kita mesti ke arah PRU, bila PRU itu kita akan bincang, saya akan bincangkan dengan kepimpinan tertinggi UMNO, bincang dengan kepimpinan BN, waktu itu kita putuskan," katanya.
Perdana Menteri berkata walaupun pada masa ini masih belum diketahui bila PRU15 akan diadakan, semua ahli BN perlu siap sedia dan sentiasa menganggap seolah-olah pilihan raya itu akan diadakan esok.
Ismail Sabri berkata Konvensyen BN Sabah yang akan berlangsung esok selain menjadi medan untuk merapatkan saf dalam parti juga perlu menjadi wadah meletakkan hala tuju dan gerak kerja ke arah persediaan menghadapi PRU15.
"Saya tanya pada Bung (Moktar) dia kata 'Sabah Tatap Ready'... saya dan rakan-rakan dalam kerajaan banyak isu (perlu) diselesaikan, harga barang, kos sara hidup.
"Pembangkang sekarang apabila dapat gambaran pilihan raya akan diadakan, akan memulakan momentum ke arah menentang kerajaan untuk menaikkan sentimen rakyat tentang kerajaan," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan akan terus cuba mengelakkan kenaikan harga barang yang melampau bagi memastikan rakyat tidak begitu tertekan.
Katanya lebih RM70 bilion dibelanjakan untuk memberikan subsidi kepada barangan tertentu dalam usaha mengawal kenaikan harga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Ismail Sabri berkata beliau juga adalah Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan menyerang kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN. - Foto BERNAMA

Kebakaran Hutan | 579 tan air dilepaskan
Pasukan kecemasan Rusia telah meningkatkan usaha memadam kebakaran hutan di Siberia. Antaranya termasuk melepaskan lebih 579 tan air melalui dua pesawat.

Krisis China Taiwan | China terus bercita-cita sekat campur tangan asing
China mahu mengekalkan status quo ke atas status Taiwan dan akan menghalang sebarang campur tangan mana-mana pihak ke atas urusan republik itu. Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu berkata, China juga berkeras mahu mengukuhkan kawalan melalui Selat Taiwan dan mahu memastikan Taiwan tidak mendapat bantuan menerusi negara lain.

Visa tawar perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kad di Malaysia
Visa Inc bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered Bank untuk menawarkan perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kadnya di Malaysia.

Antilompat Parti | Dewan Negara lulus RUU, sokong lebih dua pertiga
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga. Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sewaktu mengumumkan perkara itu berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Ketirisan LCS | Tubuh RCI bagi siasatan menyeluruh - Asyraf Wajdi
Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan berkata, perlu ada satu titik noktah yang berautoriti agar semua pihak terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat mencapai objektif asal kepada perolehan aset berkenaan.

Lumba Haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras isu lumba haram di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan hukuman membabitkan individu terlibat lumba haram dan pihak lain yang menyokong kegiatan berkenaan.

Mahkamah | Hasanah bebas tuduhan pecah amanah RM50.4 juta
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada tuduhan pecah amanah wang AS$12.1 juta (RM50.4 juta) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
![[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022) [INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981865/thumbnails/8967789641660048710976_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)
Kadar pengangguran pada bulan Jun menurun kepada 3.8 peratus, angka terendah sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan
Najib menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Syarikat Pemula | Cradle Fund meterai memorandum dengan Microsoft Malaysia
Kolaborasi antara Cradle dan Microsoft membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan platform kepada syarikat pemula tempatan dalam membangunkan hasil inovasi di peringkat global.

Larangan bertukar parti: PM akan maklum kerajaan negeri pinda perlembagaan negeri - Wan Junaidi
Ia selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Akta Antilompat Parti: PM yakin dapat sokongan penuh Dewan Negara
Berdasarkan perbahasan yang beliau dengar di Dewan Negara, mereka telah menyatakan sokongan untuk pelaksanaannya.

Skandal LCS: PM perlu panggil Sidang Khas Parlimen - Steven Sim
Kegagalan penghantaran kapal berkenaan adalah antara perkara yang perlu dibahaskan dalam Sidang Khas Parlimen, kata Steven Sim.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Telegram peribadi digodam, abai mesej diterima - PM
PM minta laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Kontroversi KPPA: Jawatankuasa ditubuh, bersidang secepat mungkin - KSN
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu tersebut.

Projek LCS: 'Tidak wajar kaitkan kegagalan perolehan kepada saya' - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata tidak wajar kegagalan itu dikaitkan dengannya kerana beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan.

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah atas kejayaan Joe Ee sumbang dua emas
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Gabungan parti masih menjadi keutamaan Bersatu - Saifuddin
Saifuddin menegaskan gabungan parti masih menjadi keutamaan bagi Bersatu dalam menghadapi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan yang stabil.

Kerajaan sedia hadapi sebarang kemungkinan jika PN tarik sokongan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan pimpinannya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal.