awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/10/2015
11:16 MYT
"Saya tidak akan mohon maaf" - Liong Sik
LING: "Kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri". - Gambar Fail
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan mohon maaf terhadap Datuk Seri Najib Razak selepas mengeluarkan kenyataan meminta peletakan jawatan beliau kerana didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Perdana Menteri.
"Kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan mempertahankan diri,
"Saya sekali lagi mempertahankan kenyataan saya. Saya tidak akan memohon maaf," kata Liong Sik dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Najib melalui firma guaman Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat menuntut penarikan balik, permohonan maaf yang jelas dan ganti rugi munasabah berhubung kenyataan Liong Sik.
Kenyataan Liong Sik itu diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket' yang disiarkan Malay Mail Online pada 3 Oktober lalu.
"Saya menanti perdana menteri memberi keterangan di kandang saksi, jika dia menyatakan reputasinya tercalar," kata Liong Sik.
Artikel itu masih boleh dilayari masyarakat umum.
Topic Berkaitan
#Ling Liong Sik
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan