"SD sudah tidak lagi relevan" - Anwar

Hilmi Malik
Februari 26, 2020 08:00 MYT
Menurut Anwar, satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat PKR pada pukul 4.30 petang - Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebarang Akuan Bersumpah (SD) melibatkan kedudukan politik negara ketika ini tidak lagi relevan.
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya juga telah membuka ruang kepada semua pihak.
“Tuanku bagi ruang kepada semua, maknanya dengan cara ini SD (Akuan Bersumpah) itu dianggap tidak relevan,” katanya ketika ditemui media di luar kediaman rumahnya selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong selesai di Istana Negara petang tadi.
Mengulas sama ada jumlah anggota Parlimen (PH) kini mencukupi untuk membentuk kerajaan atau tidak, jelas beliau angka bukan satu percaturan dalam hal itu.
“Tuanku melihat sendiri dan proses, dan kita sahkan pilihan kita tanpa kenyataan di luar.
"Maknanya dia mungkin berbeza daripada kenyataan di luar, jadi tunggu,” katanya kepada pemberita dan memaklumkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 4.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR.
BACA: Ahli Parlimen PH serah kepada kebijaksanaan Agong
BACA: 'Calon PM? Saya diberitahu adalah daripada Keadilan' - Saifuddin
Difahamkan, kesemua ahli PKR telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 kepada Yang di-Pertuan Agong ketika pertemuan mereka di Istana Negara pada Rabu.
#Anwar Ibrahim #Istana Negara #Parti Keadilan Rakyat #Perdana Menteri #PKR #Sidang media #Yang di-Pertuan Agong