awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sedekah' untuk dapat undi pilihan raya itu rasuah - Anwar

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
23/01/2023
09:07 MYT
'Sedekah' untuk dapat undi pilihan raya itu rasuah - Anwar
Anwar berkata, perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi. - Gambar fail
BAYAN LEPAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah, dan boleh merugikan negara serta masyarakat.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi.
Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa semua pihak terutama ahli politik, pegawai kanan kerajaan serta badan penguatkuasaan perlu menghentikan amalan 'merompak hasil kekayaan negara'.
Tambahnya, sekiranya ia boleh direalisasikan, potensi Malaysia mampu diangkat semula sebagai negara maju di rantau ini.
"Macam sebelum ini dalam ucapan saya sebut, komisen okey, curruption no, sekarang ada pulak (yang cakap) sedekah okey... ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat.
"Sedekah sebagai amal jariah okey, tetapi sedekah untuk mendapat undi pilihan raya itu ertinya rasuah.
"Atas sebab itu saya tekankan negara (ini) mampu naik balik, saya percaya dan yakin Malaysia punyai potensi yang cukup baik untuk diangkat semula sebagai negara maju di rantau kita.
"Syaratnya hentikan sikap dan perangai sama ada pimpinan politik... sama ada penjawat awam di peringkat tinggi... atau badan penguatkuasaan... mesti dan wajib hentikan amalan rompakan kekayaan negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, di SPICE Arena, Bayan Lepas pada Isnin.
Pada Sabtu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilapor menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya oleh individu bukan calon tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Beliau dilapor berkata, pemberian terbabit adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.
Tambahnya, undang-undang juga telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Anwar menggesa kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar pembangunan yang lebih dekat dan memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat yang berada di dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40).
Tambahnya, semua pihak juga perlu mengamalkan semangat perpaduan yang tinggi selain menolak fahaman perkauman sempit yang menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#sedekah pilihan raya
#Rasuah
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan