Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Datuk Seri" yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak Istana berkata darjah kebesaran itu ditarik balik "berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor."

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dan negeri Selangor sertu kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.

Darjah Kebesaran Dato Sri Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992.