awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin - Abdul Hadi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/09/2020
12:22 MYT
Semua ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata Pas akan memperteguhkan semangat setia kawan dalam MN dan PN. -Gambar fail
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah mengikut Perlembagaan.
Beliau berkata, pada masa yang sama, Pas akan terus memperteguhkan semangat setia kawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
"Saya mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan PN dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebooknya di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan tiada seorang pun wakil rakyat parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Presiden PKR itu mengumumkan mendapat sokongan dan majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur tengah hari tadi, beliau mendakwa, mendapat sokongan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan