Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Tanpa menidakkan senarai calon BN yang tular itu, beliau sebaliknya menegaskan isu pemilihan calon BN di negeri itu hanya akan dimuktamadkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perkara itu (tular senarai calon) terpulang kepada masing-masing hendak percaya atau tidak.
“Tetapi yang sebenarnya, (keputusan senarai) calon BN terletak di tangan Perdana Menteri. Oleh itu kita tunggu dan lihat lah sebab macam-macam boleh berlaku,” katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas mengenai kedudukannya yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus, Razif berkata, sebagai ahli parti beliau akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan.
“Tiada ada masalah. Sebagai seorang pemimpin saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Di mana sahaja saya diletakkan, saya tidak mempunyai masalah,” katanya.
Senarai calon BN Terengganu yang tular menimbulkan polemik apabila bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said disinggirkan.
Manakala 24 calon baharu disenaraikan termasuk calon wanita, Zurina Abdul Rahman bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dengan menggugurkan Exco Kerajaan Negeri, Ghazali Taib.
Serarai terbabit juga menamakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah sebagai calon DUN Batu Rakit menggantikan penyandangnya, Bazlan Abdul Rahman selain disebut-sebut sebagai bakal menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu.
Astro Awani
Wed Apr 11 2018
Isu pemilihan calon BN di negeri itu hanya akan dimuktamadkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.