MELAKA: Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang akan dibentuk, sebagai 'cantik dan menarik'.
Beliau berkata walaupun pembentukan kerajaan negeri itu tidak sama seperti di Perak dan Pahang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, namun dengan barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.
"Kita akan memberikan kesamarataan dalam pembentukan ini...Insya-Allah nanti saya beritahu (barisan Exco), tapi ia amat cantik dan menarik," katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Klebang di sini pada Sabtu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebelum ini dilapor berkata, beliau membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH akan menyertai kerajaan negeri, sekali gus memastikan barisan Exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.
Ditanya bila barisan Exco akan diumumkan, ADUN Tanjung Bidara itu berkata ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Takpelah kita tunggulah...kalau lewat sikit pun masih ada masa kecederaan. 48 jam itu saya cakap saya dah bentuk (barisan Exco) tapi saya tak umum lagi (senarai)," katanya.
Mengulas mengenai tindakan bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mahu UMNO mengambil tindakan terhadap kritikan terbukanya susulan pertukaran Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf berkata ia bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri.
"Zaman sekarang kita nak mengolah negeri Melaka ke arah lebih baik, bukan nak tunjuk kita bergaduh sesama kita. Kita tak boleh jadi hero dalam mana-mana isu.
"Sebenarnya yang kita nak bawa dalam apa juga pembentukan yang baharu ini, kita nak bawa rakyat ini lebih baik lagi, negeri ini lebih makmur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Menurut Ab Rauf, barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan. - Foto fail/Astro AWANI

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Melaka gesa pembinaan Loji Sisa ke Tenaga di Sungai Udang disegerakan
Kerajaan negeri Melaka menggesa agar pembinaan Loji Sisa ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini dapat disegerakan kepada tahun hadapan.

Melaka bakal terima pelaburan dari China bernilai RM3.5 bilion
Kesemua projek berkenaan akan dibangunkan setelah proses permohonan pelaksanaannya diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.

Melaka berhasrat perbanyak rumah RTO bantu golongan B40 miliki rumah
Ab Rauf berkata, LPM akan mengenal pasti pemohon yang benar-benar layak untuk menerima keistimewaan tersebut.

Pemaju diberi tujuh hari tambah baik keselamatan cerun
Kerajaan negeri memberi amaran tegas serta tempoh tujuh hari kepada pemaju sebuah projek pembangunan komersial di Taman Muzaffar Syah, Lebuh Ayer Keroh, Bukit Katil di sini untuk menambah baik aspek k

Ab Rauf diumum sebagai Presiden MAFA
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) yang baharu, menggantikan Datuk Nur Azmi Ahmad.

Lawatan pemimpin kanan China buka ruang pelaburan di Melaka
Ab Rauf berkata beliau akan menggunakan peluang tersebut sebaik-sebaiknya bagi menunjukkan Melaka tempat terbaik untuk pelabur China.

42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka
Seramai 42 peserta Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant dari 26 negara akan berkampung selama dua hari di Melaka dalam usaha mempromosikan negeri itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.

Skandal rasuah seks exco: 'Itu permainan musuh politik' - Ab Rauf
Ab Rauf enggan ambil pusing mahupun melatah dengan dakwaan yang dilihat sebagai permainan oleh musuh politik.

Rumah Terbuka Aidilfitri platform rakyat kenal pemimpin - Ab Rauf
Majlis itu juga merapatkan jurang sekali gus melepasi prasangka politik memandangkan Melaka kini merupakan Kerajaan Perpaduan.