awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 5,000 dijangka hadir Konvensyen BN Sabah Sabtu ini

Bernama
Bernama
29/06/2022
03:28 MYT
Seramai 5,000 dijangka hadir Konvensyen BN Sabah Sabtu ini
KOTA KINABALU: Seramai 5,000 peserta dijangka menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah 2022 yang akan diadakan di Penampang Sabtu ini, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata konvensyen tersebut akan menjadi medan memperkukuhkan solidariti parti itu khususnya di Sabah dan menjadi saksi betapa kukuhnya kesepakatan sebuah gabungan BN yang memberi sumbangan besar membentuk kerajaan Sabah.
Katanya, walaupun BN hanya mempunyai empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah, semua parti itu amat memerlukan justeru BN perlu mengambil pendekatan merapatkan barisan kepimpinan dan menyatukan jentera semua peringkat sebelum berdepan pilihan raya umum (PRU).
"Konvensyen ini berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah PRU di Malaysia. Justeru ahli-ahli BN khususnya peserta yang hadir ke konvensyen ini perlu memanfaatkan pertemuan ini.
"Bincangkan isu-isu yang relevan untuk memperkasakan perjuangan parti, melihat secara jujur segala rencana dan pelan BN, dalam mengatur persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual merasmikan majlis penutup konvensyen itu pada hari sama dan turut dijadualkan hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata antara program konvensyen itu ialah Bicara Seorang Negarawan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN Sabah
#Konvensyen BN Sabah
#Bung Moktar Radin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan