awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang Khalid Samad: Tajuddin, anak rela dipenjara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/04/2018
11:30 MYT
Serang Khalid Samad: Tajuddin, anak rela dipenjara
Tajuddin dan anaknya sedia dipenjara kerana yakin berada di pihak yang benar. -Gambar fail
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman enggan menyelesaikan kes di luar mahkamah melibatkan anaknya dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan bahawa tiada sebarang denda yang akan dibayar.
Malah, katanya beliau dan anaknya sedia dimasukkan ke penjara kerana mereka yakin berada di pihak yang benar.
"Saya ingin jelaskan di sini, apa yang berlaku itu, tindakan sedang diambil. Kita tidak takut, pihak pendakwaraya sekarang mengambil tindakan terhadap anak saya dan juga beberapa orang rakan mereka yang datang ke mari.
"Bukan tujuan untuk merusuh, tapi nak memberitahu Shah Alam (Khalid Samad), 'mulut tu jaga sikit, mulut tu jangan kurang ajar'.
"Itu saja, tapi dituduh merusuh, tidak mengapa. Walaupun ada jalan penyelesaian begitu, begini, suruh bayar denda sikit. Satu sen pun kami tak nak bayar. Kita mahu selesaikan di mahkamah.
"Saya nak bagi tahu, tindakan undang-undang itu lebih teruk, lebih tegas, lebih kuat. Kalau pihak mahkamah nak hukum, penjara berapa tahun pun penjara lah, kami bersedia. Kita berani kerana benar.
"Kalau pihak pendakwaraya rasa tuduhan yang dibuat oleh Shah Alam itu betul, okey, teruskan. Kita sedia menerima. Kita bukan macam kamu, pengecut," katanya menjawab celahan Khalid Samad pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam kejadian pada 24 November 2016 itu, satu pergaduhan berlaku membabitkan penyokong Tajuddin yang juga Pemuda UMNO Pasir terhadap Khalid.
Ia susulan tindakan Khalid yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam Sidang Dewan Rakyat, beberapa hari sebelum kejadian itu.
Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Topic Berkaitan
#anak
#Dewan Rakyat
#Khalid Samad
#menteri
#Parlimen
#penjara
#rakyat
#Tajuddin Abdul Rahman
#UMNO
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan