Penyertaan mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup siasatan atau kes terhadap mana-mana pihak, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil

Menurutnya, Biro Politik PKR menyedari bahawa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, rakyat dengan jelas menolak korupsi, salah guna kuasa dan kleptokrasi yang diamalkan rejim dahulu.

"Pada masa yang sama, Biro Politik PKR faham keresahan rakyat terhadap berita kemasukan Ahli-Ahli Parlimen BN yang mungkin dijadikan alasan untuk menutup siasatan atau kes, terutama yang melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan pemberian kontrak-kontrak termasuk kontrak pembelian senjata."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian satu kenyataan malam tadi.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut akan dibincang dengan lebih lanjut di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Sabtu ini.

Baru-baru ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas meninggalkan parti lamanya September lepas.

BACA: Tok Pa tiada hajat pegang jawatan dalam Bersatu

BACA: Tiada agenda terima anggota Parlimen UMNO sertai bersatu


Selepas penyertaan Mustapa, salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.