Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan beliau masih mempunyai pengaruh walaupun tidak bersama UMNO.
Beliau juga memberi bayangan ramai ahli UMNO di Sabah akan keluar parti kerana tidak berpuas hati.
Kata beliau, ramai ahli UMNO menghubunginya bagi menyatakan kesediaan untuk keluar parti.
“Daripada DUN Kemabong daripada DUN Melalap hampir lebih kurang 2000 ahl UMNO yang keluar daripada UMNO dan ini menampakan bahawa ketidaksenangan hati mereka bukan hanya pentadbiran UMNO di peringkat pusat begitu juga peringkat negeri dan saya yakin ini satu petanda yang boleh merubah negeri Sabah.
“Saya yakin dan sebenarnya ramai sudah berhubung dengan saya walaupun ramai kata saya tidak berpengaruh lagi tetapi rakyat ini sedar dan bila kita terangkan tentang apa yang berlaku dan apa yang perlu diubah untuk kebaikan bukan keburukan dan mereka nyatakan kesanggupan mereka keluar UMNO,” kata beliau.
Datuk Seri Mohd Shafie berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai senario keluar parti kalangan ahli UMNO di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Beliau ditemui merasmikan majlis Irau Rakyat anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia di sini pada Sabtu.
Pada majlis itu, 2,000 ahli UMNO dari bahagian Tenom, mengumumkan keluar parti setelah tidak percaya dengan kepimpinan parti bangsa Melayu itu.
Majlis itu turut dihadiri Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Wilfred Bumburing, Presiden Pertubuhan KDM, Datuk Peter Anthony, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Darell Leiking dan beberapa lagi pimpinan pembangkang.
Majlis tersebut dihadiri lebih 10,000 orang ramai termasuk pertandingan ratu Irau rakyat KDM, sukaneka, pertandingan menyanyi dan banyak lagi.
Astro Awani
Sat Jul 30 2016
MOHD SHAFIE: Lebih ramai ahli UMNO di Sabah akan keluar parti selepas ini kerana sedar dan tahu dengan perjuangan yang beliau ketengahkan pada masa ini. - Gambar fail
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Banjir Sabah: Bantuan kepada mangsa akan disalur secepat mungkin - Hajiji
Jawatankuasa Bencana Alam Daerah sedang mengumpulkan maklumat menyeluruh termasuk yang melibatkan kediaman yang musnah dan dihanyutkan air.
PRN Sabah: Rubin Balang nyata sokongan kepada PN
Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang menyatakan hasrat dan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN).
Sabah Memilih: 'Biarlah saya dicaci, janji rakyat dapat manfaat' - Jamawi
"Biarlah saya terkorban, saya terima caci maki dan pelbagai kata nista tetapi akhirnya rakyat (di Kemabong) dapat manfaat," kata penyandang ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.
Sabah pastikan kaum Murut di Sabah tidak tercicir - Mohd Shafie
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memberikan jaminan itu berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada usaha membangunkan kaum berkenaan.
Lupakan perpecahan dalaman, elak insiden sabotaj calon - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua pihak termasuk pemimpin dan jentera BN di negeri ini untuk segera melupakan perpecahan dalaman bagi mengelakkan insiden sabotaj calon di PRU14 nanti.
Shafie Apdal yakin berpengaruh walau tidak bersama UMNO
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan beliau masih mempunyai pengaruh walaupun tidak bersama UMNO.