KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September lalu.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, beliau lebih sanggup 'mati' di gelanggang politik berbanding menyerahkan kuasa kepada pihak yang cuba menganggu-gugat pentadbiran kerajaan Negeri, ketika itu.
"Saya nyatakan, (saya) hairan dengan rakan lama saya dari Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dendam kesumat dia, saya tidak tahu mungkin kerana saya membangkitkan mengenai isu 1MDB, (Najib) membangkitkan saya sanggup mati kerana COVID-19.
"Saya bukan sanggup mati oleh kerana COVID-19, saya nyatakan tak nak menyerahkan kuasa kepada pihak yang bergantung kepada 'cash is king' kerana purchasing power mereka nak membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"(Jadi daripada) nak serah kuasa, baik saya 'mati' dalam gelanggang politik bukan mati kerana COVID-19.
"Mati dalam gelanggang politik kerana kita serahkan kepada rakyat. Kalau rakyat menentukan siapa berkuasa, keadaan ini kena terima kerana kita sedar yang berkuasa sepatutnya bukan Pas, bukan UMNO," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) bertanya apakah beliau kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
Mengulas lanjut, Shafie berkata kes COVID-19 di Sabah berada dalam keadaan terkawal sebelum ini selepas banyak kawasan berada dalam Zon Hijau.
Bagaimanapun dakwanya, peningkatan kes berlaku selepas pihak berkaitan mahu merampas kuasa kerajaan Negeri.
Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi, membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam PRN Sabah.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 16 2020
Shafie berkata kes COVID-19 di Sabah berada dalam keadaan terkawal sebelum ini selepas banyak kawasan berada dalam Zon Hijau. - Gambar fail
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.
Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.
Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.