UMNO Sabah membuka pintu kepada mana-mana wakil rakyat dalam kalangan parti kerajaan atau bekas pemimpin 'lama' untuk menyertai parti itu.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima mereka (wakil rakyat) selagi ia mengikut prosedur perlembagaan parti.
"UMNO Sabah dari dahulu tetap dengan pendirian untuk menerima dan buka pintu kepada sesiapa sahaja. Tiada halangan, tetapi (jika) mahu masuk mesti ikut prosedur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Baru-baru ini, ada khabar angin yang menyatakan bekas pemimpin UMNO bertindak keluar parti dan menyertai parti kerajaan mahu kembali bersama UMNO.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa terdapat cubaan parti lawan melobi wakil rakyat kerajaan untuk meninggalkan parti, Bung berkata, beliau menasihatkan Mohd Shafie membuktikan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.
"Sila bawa bukti kukuh sekiranya ada tuduhan mengaitkan Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian. Kita tidak memainkan peranan untuk jatuhkan mereka, apa yang jelas saya lihat, wakil rakyat mereka keliru dengan hala tuju mereka yang tidak jelas.
"Bagi pendapat saya, pada waktu mereka mahu menubuhkan kerajaan suatu ketika dahulu, mereka juga kekurangan wakil rakyat bagi membentuk kerajaan.
"Tetapi kita di Barisan Nasional (BN) pada ketika itu ada wakil rakyat melompat menyertai mereka, tidak pula ralat dan tidak menuduh sana sini kerana kita sedar, ianya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi," katanya lagi.
Ruzaini Zulkepli
Sat Jun 13 2020
Bung berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima mereka (wakil rakyat) selagi ia mengikut prosedur perlembagaan parti. - Foto Bernama
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).