KUALA LUMPUR: Siasatan dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dihenti atau digugurkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat, beliau hanya menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuka fail memandangkan maklumat yang diperolehi setakat ini adalah bersifat umum.
"Adalah penting untuk ditegaskan bahawa selain SPRM, terdapat juga agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana entiti.
"Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah," katanya dalam kenyataan yang dikongsi dalam Twitternya di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu Azalina berpendapat adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan bertulis yang diberikan dalam Dewan Rakyat mahupun membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya menyeru semua pihak menghormati prinsip rule of law dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberi di Dewan Rakyat," katanya lagi.
Ahmad Fadhli dilaporkan menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan bahawa PN ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen PRU15.
Susulan itu pembangkang menyeru perdana menteri meminta maaf susulan kenyataannya sebelum ini mendakwa parti dalam PN menerima dana judi.
Umavathi Ramayah
Fri May 26 2023

Azalina berkata, siasatan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dihentikan atau digugurkan. - Foto fail/ BERNAMA

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Tuntutan waris Sulu: Kemenangan Malaysia di mahkamah Perancis tepat - Zambry
Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis yang memihak kepada Malaysia dalam kes membabitkan tuntutan kumpulan mendakwa waris Sulu disifatkan sebagai tepat.

Bahas LKAN: Ini duit rakyat, bukan duit kita - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa semua Ahli Parlimen pembangkang tidak memasuki Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan berlangsung.

Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina
Siasatan berhubung dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak terhenti pada satu agensi sahaja.

Waris Sulu mungkin diperguna negara barat - Azalina
Katanya, waris Sulu menuntut bayaran sebanyak AS$16 bilion atau bersamaan RM73.46 bilion termasuk caj tuntutan daripada Malaysia.

Siasatan dakwaan PN terima dana judi tidak dihenti, gugur - Azalina
Siasatan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan dihentikan atau digugurkan.

SPRM masih siasat kes beri sedekah pengundi Terengganu PRU15
Kes pemberian wang tunai kepada pengundi-pengundi di Terengganu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara - Azalina
Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Individu 35-44 tahun paling ramai muflis, pinjaman peribadi punca utama - Azalina
Setakat 30 April lalu, Jabatan Insolvensi telah melepaskan 4,228 kes bankrap dalam skala kecil melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan.