KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar sidang Dewan Rakyat penggal akan datang bermula pukul 2 petang sebagai satu cadangan yang baik.
Hujah Nazri, cadangan itu membolehkan pegawai-pegawai Kerajaan dan Parlimen menyelesaikan segala urusan berkaitan perkara yang berbangkit di Dewan Rakyat di sebelah pagi.
"Saya bersetuju sepenuhnya dengan cadangan ini kerana setiap kali Dewan Rakyat bersidang, ia akan selesai pada sebelah malam.
"Jadi sekiranya Dewan Rakyat bersidang pukul 2 petang ia memberi masa kepada pegawai-pegawai kerajaan menyelesaikan kerja-kerja akibat sidang yang sering selesai lambat.
"Ia juga memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyelesaikan segala urusan mereka pada sebelah pagi dan tidak patut timbul isu tidak dapat hadir ke Parlimen kerana ada urusan lain.
"Soal untuk memberi ruang Menteri buat kerja itu juga betul tetapi Menteri perlu bekerja setiap masa bukan hanya waktu pagi.
"Cuma ahli-ahli Parlimen tidak boleh komplen kalau sidang selesai lewat malam kerana perkara ini mereka juga yang memintanya," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Menurut Mohamed Nazri yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Undang-undang, sidang Dewan Rakyat boleh selesai awal sekiranya ahli-ahli Parlimen mematuhi peraturan mesyuarat.
Jelas beliau, ada masanya sesi perbahasan berlarutan akibat sikap sesetengah ahli-ahli parlimen yang menyebabkan persidangan terganggu.
"Ada masanya ahli-ahli Parlimen itu sendiri yang menyebabkan masa persidangan berlarutan kerana perbahasan sering diganggu.
"Ada ahli Parlimen yang suka bangun mencelah walaupun tidak ada isu berbangkit, bangun mencelah semata-mata nak ganggu perbahasan orang lain.
"Jadi ahli-ahli Parlimen juga kena belajar adab-adab ketika dalam Dewan Rakyat, jangan jadikan ia gelanggang sarkas," katanya lagi.
Sebelum ini, Bernama melaporkan, ahli-ahli Parlimen telah mengemukakan cadangan termasuk memulakan waktu mesyuarat persidangan Dewan Rakyat pada 2 petang berbanding 10 pagi seperti yang diamalkan sekarang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, cadangan yang dikemukakan kepadanya itu dibuat untuk mentransformasi perjalanan sidang parlimen bagi membolehkan jemaah menteri menjalankan urusan pentadbiran masing-masing sebelum hadir ke Dewan Rakyat.
Cadangan lain yang turut diterima, katanya, adalah untuk menambah hari persidangan kepada 100 hingga 110 hari, selain melonggarkan etika pakaian di dalam Dewan Rakyat seperti tidak perlu memakai tali leher.
Irwan Muhammad Zain
Wed Dec 21 2022

Menurut Mohamed Nazri, sidang Dewan Rakyat boleh selesai awal sekiranya ahli-ahli parlimen mematuhi peraturan mesyuarat. - Gambar fail

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Kenyataan Mahathir menjawab 'serangan' beliau terhadap Anwar - Nazri
Mengimbau peristiwa Ops Lalang, Mohamed Nazri memberitahu ketika itu beberapa exco Pemuda UMNO juga ditahan dalam operasi tersebut.

Saf baru kepimpinan UMNO kukuhkan Kerajaan Perpaduan - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan pemimpin-pemimpin yang dipilih kali ini diakui setia dengan UMNO dan ia akan membantu untuk mengukuhkan kerajaan sedia ada.

Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.

Nazri mula tugas sebagai duta di Amerika Syarikat
Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz secara rasmi menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) pada 8 Mac.

Gelora UMNO: Hanya perlu satu kapal dan satu nakhoda - Nazri Aziz
Kapal yang membawa ramai anak kapal dan penumpang itu hanya memerlukan seorang nakhoda untuk mengemudikan pelayaran.

Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji
"Saya pun macam perdana menteri... juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit."

Lantikan Nazri sudah dibuat setahun lepas - Anwar
Kata Anwar, keputusan melantik Nazri dibuat awal tahun lepas dan pihaknya tidak melihat alasan kukuh untuk membatalkannya.

Nazri Aziz dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia.

"Elok Dr Mahathir terus jaga cucu" - Nazri Aziz
Mohamed Nazri pelik seorang yang berpengalaman seperti Dr Mahathir membangkitkan mengenai pelantikan TPM.