Skip to main content

Politik

Sidang DUN Selangor kecoh isu jawatan Ketua Pembangkang

https://www.sinarharian.com.my/article/776601/edisi/selangor-kl/sidang-dun-selangor-kecoh-isu-jawatan-ketua-pembangkang
Sidang DUN Selangor kecoh apabila timbul pertikaian berhubung status jawatan Ketua Pembangkang dalam sesi pembukaan pertanyaan lisan hari ini. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh seketika apabila timbul pertikaian berhubung status jawatan Ketua Pembangkang dalam sesi pembukaan pertanyaan lisan pada Selasa.

Kekecohan tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi mencelah dengan mempersoalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang.

Advertisement

Situasi menjadi tegang apabila beberapa ADUN lain turut bangkit mencelah termasuk ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin yang mempersoalkan pematuhan terhadap peraturan dewan.

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San, beberapa kali mengarahkan semua wakil rakyat supaya bertenang dan memberi ruang untuk beliau menjelaskan perkara berkenaan.

"Yang Berhormat, tenang. Ini bukan perbahasan. Duduk dan dengar dahulu,” katanya.

Dalam penjelasannya, Weng San menegaskan sehingga kini Pejabat Speaker dan pihak DUN Selangor belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai pertukaran jawatan Ketua Pembangkang.

"Penentuan jawatan itu akan dibuat mengikut peraturan tetap sedia ada iaitu dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Pembangkang," jelas beliau.

Weng San turut menegaskan bahawa sebarang spekulasi atau dakwaan yang tidak disahkan tidak seharusnya dibangkitkan dalam sidang rasmi dewan.

"Sehingga hari ini, jawatan Ketua Pembangkang masih lagi dipegang oleh Yang Berhormat dari Hulu Kelang,” katanya. - Sinar Harian

Must Watch Video