KUALA LUMPUR: Sikap ahli politik yang sukar bekerjasama, tidak bertolak ansur antara satu sama lain dan melompat parti menjadi punca kerajaan yang mempunyai majoriti tipis sering mendapat gangguan politik serta Kerajaan Perpaduan sukar ditubuhkan.
Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan tanpa Pilihan Raya Umum (PRU), perkara yang sama juga kemungkinan berulang disebabkan tiada individu mahupun gabungan parti politik yang mampu membentuk majoriti besar.
“Sebenarnya kita telah ada peruntukan undang-undang yang baik yang boleh mencegah daripada kerajaan ini bertukar sesuka hati contoh saya bagi tadi ujian tahap majoriti perlu berlaku di Dewan Rakyat dan bukan melalui Surat Akuan Bersumpah (SD).
“Jadi ini adalah satu mekanisma untuk mencegah kerajaan bertukar saban hari tetapi masalah paling utama saya rasa ialah sikap ahli politik ini kalau bertelingkah itu mereka tidak boleh duduk bersama, tidak boleh melakukan perbincangan dan tidak boleh bertolak ansur menangani masalah rakyat,” katanya dalam program AWANI Pagi, pada Jumaat.
BACA: Kerajaan belum tumbang jika tiada pihak menghadap Agong bentang SD majoriti - Peguam
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gangguan politik yang berlaku sepanjang tempoh penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disebabkan majoriti yang tipis di Dewan Rakyat.
Tambah Yusfarizal, PRU pula sukar untuk dilakukan ketika ini susulan wabak COVID-19 yang melanda negara dan Yang di-Pertuan Agong berkemungkinan tidak akan memberikan perkenan untuk melaksanakannya sekiranya terdapat kebimbangan mengenai aspek keselamatan rakyat.
Justeru itu katanya, solusi yang terbaik ialah menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang disertai oleh semua parti politik dengan membelakangkan agenda peribadi mahupun semangat kepartian demi membantu negara keluar daripada krisis COVID-19.
“Solusi yang terbaik mungkin dalam keadaan kerajaan tidak stabil, kerajaan tiada majoriti besar ialah cadangan Kerajaan Perpaduan sebab cadangan-cadangan lain seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dimana pentadbiran dalam kalangan orang awam yang profesional dan teknokrat ini cadangan yang tidak pernah berlaku dan memerlukan beberapa penelitian.
“Jika MAGERAN mungkin perlu diisytiharkan darurat sekali lagi untuk menggantung Parlimen, untuk mengantung kuasa Eksekutif, melantik MAGERAN untuk mentadbir negara dan ini bukan satu senario yang mudah.
“Yang lebih mudah ialah duduk semeja setuju dan buat Kerajaan Perpaduan untuk sementara kita mengharungi badai COVID-19 untuk mencapai imuniti kelompok tetapi yang senang itu juga sangat sukar kerana sikap ahli politik,” jelas beliau.
Sementara itu, Yusfarizal turut menyatakan bagi menangani masalah gangguan politik terhadap kerajaan dengan majoriti tipis berlaku, akta yang khusus bagi mencegah lompat parti perlu dilaksanakan.
Ini kerana aktiviti 'politik katak' itu menjejaskan kestabilan kerajaan dan menyukarkan perancangan sudut polisi pihak kerajaan bergerak ke hadapan untuk keluar daripada pandemik COVID-19.
“Ini saya katakan jika mereka boleh duduk bersama dan boleh menyelesaikan masalah rakyat maka saya kira idea Kerajaan Perpaduan yang pernah dimomokkan oleh sesetengah pihak boleh dilakukan.
“Kerajaan Perpaduan bermaksud bahawa kesemua parti yang ada dalam negara ini bersama-sama memerintah negara, mungkin kita bagi kementerian ini kepada DAP, kementerian ini kepada BN, kepada Pas dan sebagainya.
“Ini boleh berlaku sekiranya ahli-ahli politik boleh duduk semeja dan dalam senario hari ini tidak berlaku, apa yang berlaku ialah walaupun telah mampu dan boleh duduk semeja contohnya UMNO memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional pada asalnya tetapi pada akhirnya mereka keluar dan menarik sokongan dan ini sikap ahli-ahli politik kita yang saya kira perlu diubah dan perlu diperbetulkan,” ujarnya.
Afiezy Azaman
Fri Aug 06 2021

Menurut Peguam Bela dan Peguam Cara, Yusfarizal Yusoff, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan tanpa Pilihan Raya Umum (PRU), perkara yang sama juga kemungkinan berulang disebabkan tiada individu mahupun gabungan parti politik ada majoriti besar.
![[LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel [LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701726685_TBKHANYOUNISGAZA.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
Jiwa SME: Merentasi sempadan dengan susu kambing UHT berkualiti tinggi
Kaprima, susu kambing berkualiti tinggi daripada Tenox Agrobusiness (M) Sdn Bhd, bersedia menakluki pasaran antarabangsa termasuk Hong Kong, Taiwan, Singapore, Brunei, dan Turkiye. Dengan kaedah Ultra Heat Temperature, Kaprima menawarkan enam perisa unik dan menarik, dijamin tahan lama tanpa pembekuan, menjadikannya pilihan utama untuk penggemar susu kambing.

Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segera
IDF dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
Azalina harap Mahkamah Madrid jatuhkan hukuman setimpal ke atas Stampa
Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.
Reformasi institusi: Tambah baik usaha, beri kefahaman kepada rakyat
Kerajaan juga diseru agar lebih terbuka dan proaktif dalam mengetengahkan usaha yang dilakukan mereka.
Diskaun saman trafik hingga 50%, 8-10 Disember ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena program setahun bersama kerajaan madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 8 hingga 10 Disember pada Ahad.
259,668 calon duduki ujian Amali Sains hari ini
Jumlah itu melibatkan sejumlah 91,908 orang calon mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, manakala bagi mata pelajaran Kimia (93,135 orang calon); Biologi (72,841 orang calon) dan Sains Tambahan 1,784 orang calon.

Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
Lebih 6,000 mangsa banjir terjejas di Kelantan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Selasa mencatatkan peningkatan kepada 6,000 mangsa.
Cuba & Iran meterai perjanjian tingkat bilateral
Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel, dan rakan sejawat Iran, Ebrahim Raisi, menandatangani perjanjian bilateral untuk meningkatkan kerjasama, sambil mengecam genosid Israel terhadap Palestin.

UMNO perlu tingkatkan ketahanan berjuang dalam politik Melayu dinamik - Mohamad
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyedarkan UMNO bahawa parti itu perlu meningkatkan ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.

PRK Kemaman: Rampas atau status quo? Keputusannya esok
Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Kemaman atau PAS terus mengekalkan status quo, akan ditentukan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.

PRK Kemaman: 43 tahun dalam tentera, mudahkan calon BN dekati, fahami keperluan anak muda
Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata masa yang panjang itu membuatkan beliau amat cakna terhadap keperluan golongan belia.

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi
Katanya, sebaik selesai penamaan calon, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dan kesemua mereka memberikan maklum balas baik.

PRK Kemaman: BN perlu kerja keras tarik semula kepercayaan pengundi tegar - Veteran UMNO
Ia untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kemaman berhak dapat Ahli Parlimen yang dapat beri fokus sepenuhnya - Ahmad Zahid
Kemaman berhak mendapat seorang Ahli Parlimen yang dapat memberi fokus kepada penduduknya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.