awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem perwakilan berkadar bukti sokongan rakyat terhadap sesebuah parti - Mustafa

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
03/06/2016
04:51 MYT
Sistem perwakilan berkadar bukti sokongan rakyat terhadap sesebuah parti - Mustafa
MUSTAFA: Walaupun sistem ini agak baharu di Malaysia, namun konsep ini tidak asing di beberapa negara lain di dunia ini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata sistem perwakilan berkadar (proportional representation) dapat menterjemahkan sokongan sebenar rakyat terhadap sesebuah parti dengan lebih tepat berbanding sistem kini.
"Sebagai contoh, jika sesebuah parti mendapat 40 peratus undi popular dalam pilihanraya, parti itu akan mendapat perwakilan sebanyak 40 peratus di Parlimen.
"Jika berasaskan sistem kini, kalau dapat 40 peratus bermakna sudah kalah dan tidak dapat mewakili suara rakyat di Parlimen," kata Mustafa.
Perwakilan berkadar ialah suatu istem pengundian atau pilihan raya di mana keputusan akhir pilihan raya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti seperti kebanyakan negara Eropah.
Tambah beliau, walaupun sistem ini agak baharu di Malaysia, namun konsep ini tidak asing di beberapa negara lain di dunia ini.
BACA: 'PKR harus pilih parti mana sebagai rakan seperjuangan' - Pemuda PAS
"Jerman, Belgium, Turki dan Indonesia pun mengamalkan sistem sebegini namun disesuaikan mengikut negara masing-masing.
"Oleh itu, wajar untuk satu kajian dibuat bagi melihat sama ada sistem ini boleh diamalkan di Malaysia," kata Mustafa ketika sesi penggulungan di Muktamar PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa hari ini.
Topic Berkaitan
#Mustafa Ali
#Pengarah Pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan