awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
06:10 MYT
Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Siasatan ke atas skandal kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung kembali sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa, kata gabungan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas skandal kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung kembali sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa, kata gabungan tersebut.
Dalam satu kenyataan bersama, PH juga berjanji akan melaksanakan strategi yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 2020.
Matlamat PH, kata mereka, adalah untuk memastikan pasukan pertahanan Malaysia dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik untuk menjalankan tugas mereka.
"Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang merupakan kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara
“Oleh itu TLDM perlu dalam keadaan siapsiaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk dari sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya.
“Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini,” kata PH dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fazil; Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Chin dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
PH turut menuding jari ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa melayan tentera secara 'take it or leave it' apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan, khususnya, pemerolehan LCS.
“Yang dipentingkan (kepimpinan UMNO) adalah mendapat projek untuk kroni mereka bukannya memenuhi keperluan tentera kita,” dakwa kenyataan itu lagi.
Isu melibatkan pembinaan LCS timbul selepas pendedah menerusi laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan LCS mendapati tadbir urus Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk kontrak tersebut lemah dan sebahagian daripada klausa-klausa kontrak tidak menjaga kepentingan kerajaan.
Laporan JKSTUPKK yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang itu juga mendapati, Kementerian Pertahanan tidak melaksanakan pemeriksaan wajar yang komprehensif bagi menilai keupayaan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Topic Berkaitan
#skandal LCS
#Pakatan Harapan
#Kertas Putih Pertahanan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan