awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/08/2020
13:09 MYT
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Teguran Dr Mahathir itu kemudian disambut oleh Amir Khusyairi dengan menunjukkan tabik hormat. -Gambar fail
Berbaki dua hari sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan bagi membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Khamis.
Dalam sesi 'Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad', pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ramai ahli politik ketika ini bertindak melompat parti selepas dibayar oleh pihak-pihak tertentu.
"You janji tahu, bukan kerana duit... jangan kerana BN (Barisan Nasional) datang kata kepada you 'kami akan bagi RM 5juta kalau lompat, dan kau pun ... (membuat gaya melompat)'.
"Tak bolehlah macam itu... orang ini semua (pengundi) pilih bukan nak bagi harga you naik. Dia pilih sebab nak (calon) berkhidmat kepada semua orang ini (pengundi DUN Slim).
"Saya baca banyak masalah orang Felda ini, ada yang berhutang sampai RM100,000 dan tak boleh bayar... ada yang dijanjikan bayaran, tak dibayar. Jadi, ini semua tanggungjawab tahu," kata beliau di sini hari ini.
Teguran tersebut kemudian disambut oleh Amir Khusyairi yang bertanding atas tiket Bebas namun mewakili Pejuang, dengan menunjukkan tabik hormat dan berikrar untuk tidak berbuat demikian.
"Dia ikrar ini depan semua orang, kalau dia tak buat, nanti saya godam (pukul)," tambah Dr Mahathir secara berseloroh.
PRK DUN Slim menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi dan S Shantarasekaran.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bebas
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PRK Slim
#Slim
#SlimMemilih
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan