awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Soal calon import bukan isu - Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Marlina Manaf
Marlina Manaf
23/04/2018
10:03 MYT
Soal calon import bukan isu - Dr Asyraf Wajdi Dusuki
"Soal saya bukan calon tempatan dan calon import, bukan isu, saya dah kenal Pasir Puteh," itu jawab Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengulas penamaannya sebagai calon di parlimen P028.
Menurut Dr Asyraf, kawasan Parlimen Pasir Puteh bukan asing baginya, sejak dilantik Ahli Majlis Tertinggi angkat untuk kawasan itu.
"Saya dan 43 bulan melakukan tugas di sini, tak pernah terlepas pun berkunjung ke kampung-kampung, 64 masjid, 159 madrasah, 55 sekolah, hampir 300 buah kampung saya kenali, penerimaan setakat ini sangat baik, tidak timbul soal calon luar atau import sebenarnya," kata beliau kepada Astro Awani selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di sini.
Jelas Dr Asyraf beliau berazam membangunkan Parlimen Pasir Puteh, sebaris dengan bandar lain.
Ketika ini beliau berpandangan pertumbuhan di kawasan berkenaan tidak seimbang.
Bagaimanapun banyak potensi masih boleh diteroka, sekiranya kena pada caraya.
Kepada Dr Asyraf, Pasir Puteh boleh dibangunkan, kerana empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam parlimen itu, mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri unik.
"Satu kelebihan yang ada di Pasir Puteh ini adalah dia ada empat DUN yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Di Semerak, ada pusat perindustrian Tok Bali, pelabuhan Tok Bali, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melalui Tok Bali. Kalau pembangunan ini berlaku dengan rancak, kita jangka kita boleh menawarkan lebih daripada 50,000 peluang pekerjaan," jelas beliau.
Dr Asyraf adalah calon muka baharu untuk BN, seperti yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Kerusi parlimen Pasir Puteh sebelum ini disandang PAS, menerusi calonnya Nik Mazian Nik Mahmood.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Nik Mazian menang dengan 33,579 undi mengatasi calon BN Tuan Mustafa Tuan Mat.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Barisan Nasional
#majlis tertinggi
#Pantai Timur
#Parlimen
#PAS
#Pasir Puteh
#pilihan raya
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan