awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong Najib dengan ikhlas - Rafidah Aziz

Bernama
Bernama
10/04/2015
23:19 MYT
Sokong Najib dengan ikhlas - Rafidah Aziz
Sebagai Perdana Menteri kata Rafidah, Najib juga memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menerajui negara - Gambar Fail
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz meminta semua pihak di dalam kerajaan supaya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ikhlas.
Beliau berkata pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) juga perlu berdiri teguh di belakang Najib untuk membantunya memperkuatkan parti dan kerajaan.
"Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi semua yang berada di dalam kerajaan. Perdana Menteri memerlukan pasukan yang cekap, berwibawa, ikhlas dan berpegang teguh kepada tanggungjawab kolektif.
"Kita tidak mahu melihat kerajaan BN tergugat. Maka, sokonglah Perdana Menteri dengan ikhlas untuk memperkuatkan parti dan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata setiap pandangan dan pendapat yang ingin diutarakan kepada mana-mana pihak termasuk Najib, ia perlulah dibuat secara berhemah dan konstruktif.
"Sungguhpun kita berhak bercakap, menulis dan memberi pendapat tetapi biarlah dengan cara berhemah dan cara membina atau konstruktif...janganlah mana-mana pihak pula cuba menangguk di air yang keruh," katanya.
Beliau mengulas keterbukaan Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO menjawab pelbagai isu dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas pada Khamis.
Antara isu yang dijawab Najib dalam wawancara satu jam itu ialah mengenai 1Malaysia Development Berhad, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, prospek ekonomi negara serta kritikan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Veteran UMNO Datuk Dr Malik Munip pula berpendapat dalam menghadapi pelbagai tekanan dan kritikan, Najib masih mempamerkan sikap beradab dan tertib.
Sebagai Perdana Menteri, katanya Najib juga memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menerajui negara selain terpaksa berdepan beberapa situasi ekstrem yang belum pernah berlaku dalam kalangan perdana menteri terdahulu.
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO
#Najib Tun Razak
#Rafidah Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan